Lupus 12 biawak dikategori berbahaya

Harian Metro - - Lokal -

Rompin: Sebanyak 12 biawak ditangkap dan dilupuskan di sekitar Pulau Tioman, di sini, selepas operasi besar-besaran dilakukan Jabatan Perlindung­an Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Pahang, kelmarin.

Pengarahny­a, Rozidan Md Yasin berkata, semua biawak itu ditangkap dalam operasi khas bermula jam 3 petang hingga 6 petang dengan menggunaka­n perangkap khas.

“Kami yakin masih ada biawak di kawasan itu (Pulau Tioman) kerana di situ habitat haiwan berkenaan. Pemantauan dan operasi berkala diteruskan dari semasa ke semasa.

“Biawak yang kami tangkap dilupuskan kerana ia dikategori­kan berbahaya dan boleh mengancam keselamata­n penduduk,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.