Harian Metro

Serah RM235,000 kepada 65 madrasah tahfiz

-

Klang: Pasaraya Econsave Cash And Carry menyalurka­n sumbangan berjumlah RM235,000 kepada 65 madrasah tahfiz di Selangor dan Kuala Lumpur menerusi program Madrasah Impianku.

Pengurus Besar Econsave Cash And Carry, Mas Imran Adam berkata, program berkenaan dianjurkan dengan kerjasama Humanitari­an Care Malaysia Berhad (MyCare) dan Persatuan Institusi Tahfiz Al-Quran (Pinta) bagi membantu madrasah di sekitar Lembah Klang.

Menurutnya, dana berkenaan digunakan bagi meningkatk­an kualiti madrasah terutama membabitka­n aspek pencegahan kebakaran.

“Setiap madrasah menerima peralatan cegah kebakaran bernilai hingga RM1,500 mengikut keperluan masing-masing dan wang tunai RM2,000 bagi menampung kos operasi mereka.

“Setiap sumbangan disalurkan adalah hasil kutipan menerusi Tabung Madrasah Impianku yang dilancarka­n tahun lalu yang hingga kini mengumpul RM950,000,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaik­an ucapan pada Majlis Penyerahan Sumbangan Projek Madrasah Impianku di sini, semalam.

Majlis dirasmikan Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh dan turut dihadiri wakil madrasah yang menerima sumbangan berkenaan.

Mengulas lanjut, Mas Imran berkata sehingga kini sebanyak 187 madrasah di Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Kuala Lumpur dan Selangor menerima bantuan menerusi program itu.

“Sebanyak RM170,000 sudah disalurkan kepada 54 madrasah di Johor tahun lalu dan RM132,000 kepada 30 madrasah di Melaka manakala RM150,000 kepada 41 Madrasah di Negeri Sembilan tahun ini.

“Pada November depan, program akan diperluask­an ke Pahang bagi memberi bantuan kepada madrasah di negeri itu,” katanya.

 ??  ?? FUZIAH (tengah) menyaksika­n penyerahan replika cek daripada Ketua Pegawai Eksekutif MyCare, Kamarul Zaman Shaharul Anwar (kanan) dan Mas Imran (dua dari kanan) kepada Presiden Gabungan Persatuan Institus Tahfiz Al Quran (Pinta Kebangsaan) merangkap Pengerusi Pinta Kuala Lumpur, Mohd Zahid Mahmood (dua dari kiri).
FUZIAH (tengah) menyaksika­n penyerahan replika cek daripada Ketua Pegawai Eksekutif MyCare, Kamarul Zaman Shaharul Anwar (kanan) dan Mas Imran (dua dari kanan) kepada Presiden Gabungan Persatuan Institus Tahfiz Al Quran (Pinta Kebangsaan) merangkap Pengerusi Pinta Kuala Lumpur, Mohd Zahid Mahmood (dua dari kiri).
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia