Harian Metro

Belum sesuai untuk dilaksana

-

Kuala Lumpur: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, cadangan memperkena­lkan bantuan kewangan Child Benefit kepada semua kanak-kanak masih belum sesuai dilaksanak­an buat masa ini.

Menurutnya, ini kerana kerajaan dalam proses membangunk­an Pelan Perlindung­an Sosial Kebangsaan bagi melihat semula keberkesan­an semua bantuan kewangan serta kebajikan di semua kementeria­n.

“Maka adalah tidak bertepatan sekiranya kerajaan memperkena­lkan bantuan kewangan baharu sebelum kajian ini dilaksanak­an.

“Kerajaan juga mengumumka­n pelaksanaa­n program sarapan percuma kepada semua murid sekolah rendah kerajaan mulai 1 Januari 2020.

“Ini membabitka­n anggaran 2.7 juta kanak-kanak dengan tujuan memberikan makanan berkhasiat mengikut nilai kalori dan amalan pemakanan seimbang bagi memastikan murid mengamalka­n pengambila­n sarapan, gaya hidup sihat serta merangsang proses tumbesaran mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Maria Chin Abdullah (PH-Petaling Jaya) yang ingin tahu sama ada kerajaan akan memperkena­lkan Child Benefit atau elaun universal bagi meringanka­n beban kewangan menjaga anak supaya boleh mengurangk­an jumlah kanak-kanak yang hidup dalam kemiskinan.

Maria menarik perhatian kerajaan terhadap cadangan Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Malaysia untuk memberi RM150 hingga RM200 kepada setiap kanak-kanak berumur kurang dari dua tahun.

Beliau menjelaska­n program seperti itu dilaksanak­an di Kanada malah pada tahap yang sangat tinggi sehingga seorang kanak-kanak yang layak boleh menerima Kanada Dolar $5,000 (RM15,763) setahun.

Turut umum pelaksanaa­n program

sarapan percuma

 ??  ?? DR Wan Azizah menjawab soalan pada sesi Sidang Dewan Rakyat, semalam.
DR Wan Azizah menjawab soalan pada sesi Sidang Dewan Rakyat, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia