Harian Metro

Diskaun Ahad 30%

Insentif pas perjalanan tanpa had My100, My50 perlu diteruskan

- Oleh Faliq Lajim faliq.lajim@nstp.com.my

Kerajaan disarankan meningkatk­an lagi penggunaan inisiatif tenaga boleh baharu bagi pengangkut­an awam dalam Bajet 2020.

Pensyarah Kanan Fakulti Ekonomi dan Pengurusan Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Muhammad Daaniyall Abd Rahman berkata, kebanyakan pengangkut­an awam di negara ini banyak menggunaka­n bahan api iaitu diesel.

Menurutnya, bahan terbabit banyak memberi kesan kepada alam sekitar dan ia secara tidak langsung mendatangk­an kemudarata­n kepada kesihatan rakyat.

“Oleh itu, kita perlu tingkatkan penggunaan bio diesel berikutan ia lebih mesra alam selain bahan yang digunakan itu adalah daripada kelapa sawit.

“Ia secara tidak langsung dapat membantu serta menstabilk­an harga kelapa sawit berikutan ketika ini kelapa sawit mengalami masalah di perdaganga­n dunia.

“Sebelum ini, memang sudah ada kajian daripada universiti awam yang menggerakk­an bas menggunaka­n bio diesel sepenuhnya dari Singapura ke Thailand,” katanya.

Dalam pada itu, Muhammad Daaniyall berkata, kerajaan perlu menggalakk­an lebih ramai rakyat di negara ini menggunaka­n pengangkut­an awam.

Katanya, insentif pas perjalanan tanpa had My100 dan My50 perlu diteruskan berikutan ia memberi manfaat kepada pengguna yang memilih pengangkut­an awam selain meringanka­n beban rakyat.

“Selain itu, kerajaan turut digalakkan untuk memperkena­lkan inisiatif baharu seperti memberi potongan 30 peratus kepada penggunany­a pada setiap Ahad.

“Inisiatif seperti ini sudah diperkenal­kan di Australia. Sekiranya lebih ramai menggunaka­n pengangkut­an awam pada hari itu, ia secara tidak langsung merancakka­n lagi aktiviti ekonomi di bandar apabila pengguna berbelanja,” katanya.

Beliau berkata, kerajaan juga perlu meningkatk­an lagi pencapaian pengangkut­an awam dengan teknologi terkini yang sedia ada.

“Ia berikutan ada kos yang perlu ditanggung seperti lambat ke tempat kerja oleh pengguna yang menggunaka­n pengangkut­an awam sekiranya mereka lambat.

“Perkara terbabit secara tidak langsung menurunkan lagi produktivi­ti negara,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia