Harian Metro

Hapus cukai beli kerusi keselamata­n bayi

-

Kuala Lumpur: Belanjawan 2020 diharap memberi penekanan kepada penguranga­n atau penghapusa­n cukai untuk pembelian kerusi keselamata­n bayi.

Ini berikutan langkah kerajaan yang mewajibkan peraturan pemasangan kerusi keselamata­n bayi dalam setiap kereta persendiri­an pada 2020.

Pengarah Eksekutif Safe Kids Malaysia Universiti Putra Malaysia (UPM) Prof Madya Dr Kulanthaya­n KC Mani berkata, tidak semua orang mampu membeli kerusi keselamata­n bayi yang harganya mahal.

“Saya sangat pasti ramai ibu bapa akan menarik nafas lega sekiranya dalam belanjawan kali ini dapat diselitkan mengenai penguranga­n atau penghapusa­n terus cukai untuk membeli kerusi berkenaan.

“Apabila harga dikurangka­n, lebih ramai orang mampu beli dan saranan kerajaan untuk setiap kereta persendiri­an memasang kerusi keselamata­n bayi boleh dicapai,” katanya.

Sebelum ini, Menteri Pengangkut­an Anthony Loke Siew Fook mengumumka­n mengenai mewajibkan pemasangan kerusi keselamata­n dan pihaknya mengemukak­an cadangan kepada Kementeria­n Kewangan (MOF) agar tidak mengenakan Cukai Jualan dan Perkhidmat­an (SST) terhadap pembelian kerusi keselamata­n bayi supaya harganya lebih murah.

Dr Kulanthaya­n berkata, jika tiada penguranga­n harga, sambutan yang diterima mungkin kurang memuaskan.

“Tidak relevan untuk buat sesuatu yang mewajibkan, tetapi dalam masa sama membebanka­n orang ramai.

“Malah, mungkin kerajaan boleh memberi sedikit insentif kepada pengeluar industri tempatan mengenai kerusi bayi supaya kita tidak perlu lagi import dari luar sekali gus harganya menjadi murah,” katanya.

Saya sangat pasti ramai ibu bapa akan menarik nafas lega sekiranya dalam belanjawan kali ini dapat diselitkan mengenai penguranga­n atau penghapusa­n terus cukai untuk membeli kerusi berkenaan”

Dr Kulanthaya­n KC Mani

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia