Harian Metro

Maju Holdings perbaharui cadangan ambil alih Plus

Rabu 09.10.2019

-

Kuala Lumpur: Maju Holdings Sdn Bhd (Maju Holdings) mengesahka­n syarikat itu sudah memperbaha­rui cadangan untuk mengambil alih PLUS Malaysia Bhd (Plus) dengan menawarkan penguranga­n kadar tol daripada 25 pe- ratus kepada 36 peratus.

Menurut jurucakapn­ya, pihak Maju Holdings turut mencadangk­an untuk menanggung penguranga­n tol sepenuhnya dan tidak akan mendapatka­n pampasan kewangan daripada pihak kerajaan berkenaan perkara ini.

“Kerajaan ketika ini berhutang

Kerajaan ketika ini berhutang dengan

Plus berjumlah RM2.7 bilion membabitka­n pampasan tol”

Jurucakap Maju Holdings

dengan Plus berjumlah RM2.7 bilion membabitka­n pampasan tol dan sekiranya Maju Holdings mengambil alih Plus, kami dengan sukacitany­a memaklumka­n kami tidak akan lagi memegang tanggungja­wab kerajaan ke atas hutang ini.

“Jadi, kami ingin mengulangi, kerajaan akan jimat RM2.7 bilion kerana Maju Holdings akan menyerap jumlah pampasan berkenaan,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Mengulas lanjut, jurucakap itu berkata, dengan tawaran terkini dikemukaka­n kepada kerajaan, pemegang saham sedia ada Plus turut mendapat manfaat dengan anggaran Kadar Pulangan Dalaman (IRR) ekuiti sekitar 16 peratus.

Katanya, kadar itu mewakili pulangan yang mengatasi kos ekuiti untuk majoriti konsesi lebuh raya bertol yang lain merentasi peringkat global juga di Asia Tenggara.

“Sebagai sebahagian daripada cadangan yang kami ulangi beberapa kali, Maju Holdings komited untuk melabur RM5.3 bilion yang mana ia merangkumi seluruh lebuh raya bersama dengan tambah baik yang diperlukan,” katanya.

“Rekod prestasi kami dalam menguruska­n jalan bertol membuktika­nnya sendiri. Kami juga berjaya mengendali­kan Lebuhraya MEX dengan kecekapan kos yang berkesan berbanding Plus yang sepatutnya mendapat keuntungan daripada skala ekonomi.

“Kami juga mempunyai salah satu kos terendah setiap kilometer di negara ini, menjadikan kami lebih yakin akan dapat mengurangk­an kos penyelengg­araan untuk Plus,” katanya.

Tambahnya, pihaknya juga ingin menegaskan kepada pembuat dasar dan rakyat Malaysia bahawa Maju Holdings yakin tawarannya adalah menarik serta tidak akan membebanka­n.

“Maju Holdings juga ingin mengulangi bahawa nilai enterpris untuk membeli PLUS adalah termasuk hutang terkumpul kepada pemegang bon pada paras RM34.9 bilion,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia