Harian Metro

Sokong cukai digital

Pelaksanaa­n dijangka beri impak terbaik kepada negara, industri

- Oleh Sri Ayu Kartika Amri kartika@hmetro.com.my

Shopee Malaysia menyokong dan bersedia menerima pelaksanaa­n cukai perkhidmat­an digital yang dijangka dilaksanak­an bermula tahun depan.

Langkah itu membabitka­n cukai perkhidmat­an digital sebanyak enam peratus ke atas penyedia perkhidmat­an digital asing.

Ketua Perniagaan Shopee Malaysia, Zed Li berkata, keputusan kerajaan itu akan memberi impak terbaik untuk negara serta indusri.

“Kami yakin keputusan kerajaan itu akan memberi impak terbaik kepada negara dan industri.

“Sebagai peneraju

platform e-dagang di Asia Tenggara, kami sentiasa menyokong perubahan setiap dasar yang diperkenal­kan kerajaan,” katanya kepada media selepas pelancaran kempen Beli Barangan Malaysia dengan kerjasama Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) di sini, baru-baru ini.

Pada Belanjawan

2019, kerajaan mengumumka­n pelaksanaa­n cukai perkhidmat­an digital enam peratus mulai 1 Januari 2020.

Ia selepas Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-undang

Cukai Perkhidmat­an

2019.

Cukai kepada penyedia perkhidmat­an digital asing sebanyak enam peratus itu dilaksana bagi memastikan satu ekosistem yang seimbang dapat diwujudkan. Sementara itu, Persatuan Industri Komputer dan Multimedia Malaysia (Pikom) mahu mendapatka­n penjelasan daripada kerajaan sama ada industri itu akan

dikenakan

(Pindaan) cukai digital, cukai pegangan atau kedua-duanya sekali menjelang 1 Januari 2020.

Pengerusin­ya, Ganesh Kumar Bangah dalam kenyataan berkata, industri itu terutamany­a perkhidmat­an awan dan pengiklana­n dalam talian menerima kesan sekiranya mereka tertakluk kepada pelaksanaa­n cukai digital, kerana cukai itu adalah antara komponen kos terbesar kepada syarikat digital.

“Bagaimanap­un, tidak jelas sama ada aplikasi ini juga perlu membayar cukai pegangan selain cukai digital.

“Jika aplikasi ini dikenakan kedua-dua cukai, maka sejumlah 16 peratus cukai kerajaan akan dikenakan ke atas sebahagian daripada komponen kos terbesar syarikat digital kita, menjadikan industri tempatan kita tidak kompetitif,” katanya.

 ??  ?? ZED
ZED

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia