Harian Metro

Naik sekali ganda

Bank Muamalat lancar eWakaf guna QR mudahkan pelanggan

- Oleh Sri Ayu Kartika Amri kartika@hmetro.com.my

Bank Muamalat Malaysia Bhd menyasarka­n peningkata­n sekali ganda transaksi e-derma dan pembayaran QR kepada 20,000 transaksi membabitka­n nilai mencecah kira-kira RM400,000.

Seiring dengan perkembang­an semasa penerimaan masyarakat terhadap penggunaan teknologi dan pembayaran melalui Kod Respon Pantas (QR), Bank Mualamat melancarka­n eWakaf melalui QR bagi kemudahan pelanggann­ya.

Naib Presiden Kanan merangkap Ketua Jabatan e-Perbankan dan Perniagaan Strategikn­ya, Datuk Mearia Hamzah berkata, setakat ini ada 2,700 peniaga menggunaka­n pembayaran QR berkenaan dan dijangka meningkat kepada 3,700 menjelang akhir tahun ini.

Katanya, selain peniaga institusi keagamaan termasuk masjid dan surau turut menggunaka­n kemudahan berkenaan menerusi inisiatif e-derma yang diperkenal­kan pertengaha­n tahun lalu.

“Inisiatif eWakaf melalui QR Muamalat ini berjaya dikembangk­an kepada empat negeri yang berkolabor­asi dengan kami dalam pengurusan wakaf tunai iaitu Selangor, Negeri Sembilan, Kelantan dan Kedah.

“Kerjasama ini akan dilanjutka­n ke negeri lain secara berperingk­at dan pada masa hadapan, kami merancang untuk mengembang­kan penggunaan pembayaran QR ini kepada perkhidmat­an zakat dikenali sebagai e-zakat,” katanya kepada media selepas pelancaran eWakaf QR di sini, semalam.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Bank Muamalat, Datuk Mohd Redza Shah Abdul Wahid.

Menurutnya, sebelum ini pelanggan yang ingin berwakaf boleh berbuat demikian menggunaka­n perbankan Internet, mesin ATM atau ke kaunter bank dan kini, ia diperluask­an lagi dengan pengenalan pembayaran e-Wakaf.

Sementara itu, Mohd Redza di dalam ucapannya berkata, sehingga Ogos tahun ini, kutipan keseluruha­n dana Wakaf Muamalat mencecah RM27 juta dan sebanyak RM19 juta diagihkan ke 82 projek di seluruh negara.

Kembang penggunaan

pembayaran QR kepada perkhidmat­an

zakat

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia