Dianugerah Dompet Elektronik terbaik

Harian Metro - - Bisnes -

Kuala Lumpur: Grab, aplikasi mudah alih terkemuka di Asia Tenggara menerima pengiktira­fan menerusi Anugerah Dompet Elektronik Terbaik pada Majlis Kecemerlan­gan Pembayaran Elektronik 2019.

Anugerah tahunan itu diberikan Paynet, infrastruk­tur rangkaian pembayaran yang dimiliki Bank Negara Malaysia bersama konsortium disertai 11 institusi kewangan tempatan.

Pengarah Urusan GrabPay Malaysia, Singapura dan Filipina, Ooi Huey Tyng berkata, anugerah terbabit adalah khusus kepada pengiktira­fan kepada produk, teknologi dan pekerja Grab.

Beliau berkata, pendekatan dilakukan syarikat itu menerusi GrabPay menjadikan kaedah pembayaran lebih selamat dan melangkaui perkhidmat­an Grab di samping mendidik budaya tanpa tunai.

“GrabPay sentiasa mengekalka­n visi untuk menyediaka­n kemudahan, keselamata­n dan nilai kepada pengguna serta rakan niaga kami,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam

APLIKASI GrabPay.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.