Harian Metro

Teruskan legasi model Corolla Altis

-

Genting Highlands: UMW Toyota Motor Sdn Bhd (UMWT), pengedar utama kenderaan jenama Toyota di negara ini melancarka­n model Corolla Altis Serba Baharu untuk pasaran tempatan.

Presidenny­a, K Ravindran berkata, model generasi ke-12 itu adalah model paling laris sepanjang zaman bagi Toyota di 150 negara dengan lebih 46 juta unit terjual sejak diperkenal­kan pada 1966.

“Dibangunka­n di atas Platform Toyota New Global Architectu­re (TNGA) ia akan meneruskan legasi model Corolla yang juga terjual lebih 150,000 unit sejak mula dipasang di negara ini pada 1968.

“Selain rekaan lebih sporty, ia juga dilengkapi ciri prestasi, keselesaan dan bahan api efisien disasarkan buat pembeli daripada golongan pemilik perniagaan dan eksekutif,” katanya pada majlis pelancaran di sini, semalam.

Model ini dijana enjin 1.8 liter VVT-i berkembar serta kotak gear tujuh kelajuan Transmisi Boleh Ubah Berterusan (CVT) dengan mod pemanduan Eco dan Sport dilengkapi Paddle Shifters.

Ia turut dilengkapi ruang dalaman dengan kerusi balutan kulit, papan pemuka dengan kemasan hitam gloss dan krom, meter optitron 7 inci untuk Paparan Pelbagai Maklumat, pendingin hawa dua zon dan skrin infotainme­n 6.8 inci.

Sistem keselamata­n terbaik antaranya ialah tujuh beg udara SRS, Paparan Titik Buta (BSM), Perakam Video Digital hadapan dan belakang, Bantu Mula Bukit (HAC) dan Kawalan Kestabilan Kenderaan (VSC) dengan Kawalan Cengkaman (TRC).

Corolla Altis Serba Baharu ini ditawarkan dengan dua varian iaitu E dan G dijual masing-masing pada harga RM128,888 dan RM136,888 melalui import sepenuhnya (CBU) dari Thailand.

 ??  ?? DARI kiri, Pengarah Pemasaran UMW Toyota Motor (UMWT), Mohd Shamsor Mohd Zain, Timbalan Pengerusi UMWT, Akio Takeyama, Pengerusi UMWT, Tan Sri Hamad Kama Piah dan Ravindran.
DARI kiri, Pengarah Pemasaran UMW Toyota Motor (UMWT), Mohd Shamsor Mohd Zain, Timbalan Pengerusi UMWT, Akio Takeyama, Pengerusi UMWT, Tan Sri Hamad Kama Piah dan Ravindran.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia