Harian Metro

Jadi tak ‘power’

Pemuda hilang kelakian selepas dibedah doktor bagi atasi ereksi berpanjang­an akibat Viagra

-

Seorang pengguna Viagra mendakwa kini mati pucuk selepas zakarnya ‘dirosakkan’ doktor ketika merawat masalah ereksi yang dihidapiny­a selama sebulan akibat makan ubat itu.

Nat Thind, 26, membeli Viagra berkenaan di farmasi pada Jun lalu selepas menggunaka­nnya beberapa kali sebelum ini tanpa menghadapi sebarang masalah. Viagra Connect diambilnya itu adalah yang pertama untuk lelaki dengan masalah gangguan erektil tanpa memerlukan preskripsi di United Kingdom.

Bagaimanap­un, juruelektr­ik itu terpaksa mendapat rawatan apabila ereksinya gagal surut malah semakin sakit, iaitu keadaan dikenali sebagai priapisme, lapor Daily Mail.

Priapisme adalah keadaan ereksi yang berlanjuta­n lebih empat jam, yang berlaku apabila darah yang mengalir ke zakar tidak dapat mengalir keluar semula. Risiko kecacatan kekal lebih tinggi semakin lama priapisme berlanjuta­n.

Thind mendakwa doktor menggunaka­n pelbagai kaedah untuk meredakan masalahnya selama tiga hari tetapi tiada satu pun berjaya.

Akhirnya mereka melakukan pembedahan untuk mengeluark­an darah yang terperangk­ap di zakarnya.

Bagaimanap­un, Thind mendakwa pakar bedah berkenaan ‘tidak tahu apa yang mereka lakukan.’

Ereksinya akhirnya reda dengan sendiri, tetapi dia kini berdepan kecacatan seumur hidup.

Dalam keterangan di GoFundMe, Thind berkata: “Hasil perbincang­an dengan mereka susulan rawatan itu selain perbualan dengan doktor lain, saya mendapat tahu pakar terbabit sebenarnya sekadar ‘mencuba nasib’ ketika membuat pembedahan itu.

“Akibatnya, mereka menyebabka­n kerosakan saraf. Zakar saya kini cacat, manakala bahagian hujungnya kebas. Saya juga tidak dapat ereksi atau klimaks, selain sentiasa kesakitan dan mengalami fibrosis zakar.

“Saya menderita sejak empat bulan lalu. Ia amat mengecewak­an dan memberi kesan terhadap hubungan saya malah memalukan saya,” katanya.

Katanya, dia kini berharap mendapatka­n rawatan lanjut di luar negara, termasuk rawatan yang masih di peringkat eksperimen yang menggunaka­n sel induk diambil dari lemaknya untuk menumbuhka­n semula bahagian zakarnya yang kini rosak.

Sementara itu, pakar urologi Richard Viney memberi amaran terhadap penggunaan Viagra tanpa nasihat doktor.

Thind dakwa pakar bedah ‘tidak

tahu apa yang mereka lakukan’

 ??  ?? VIAGRA Connect tidak memerlukan preskripsi doktor. - Agensi
VIAGRA Connect tidak memerlukan preskripsi doktor. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia