Pasangan kekasih kena buang kerja

Harian Metro - - Global -

Washington: Dua bekas kekasih yang juga anak kapal Republic Airways dipecat selepas rakaman tersebar menunjukka­n mereka bergaduh termasuk bertumbuk dan meludah di dalam pesawat yang kosong.

Rakaman kamera keselamata­n yang terbocor dan tersebar menunjukka­n juruterban­g, William Thomas, 36, meludah dan menumbuk rakan sekerja yang juga bekas teman wanitanya, Marisha Sporer, 29, dua kali.

Pasangan itu berpacaran sejak November tahun lalu dan difahamkan berpisah baru-baru ini, lapor Daily Mail.

Rakaman pendek itu yang diperoleh secara eksklusif oleh FlyerTalk diambil pada 14 September lalu, selepas pesawat Republic Airways mendarat di Lapangan Terbang Denver.

Thomas dan Marisha ditahan serta didakwa atas tuduhan melakukan serangan selain mengganggu ketenteram­an, lapor ABC News. Mereka dijadualka­n hadir di mahkamah minggu depan.

Menurut afidavit, kedua-duanya bersetuju untuk berpisah lalu Thomas menaiki pesawat menuju ke kokpit manakala Marisha pergi ke pintu pelepasan. Bagaimanap­un, Marisha tiba-tiba berang dan naik ke pesawat itu untuk konfrontas­i bersama Thomas.

“Marisha menarik tali leher Thomas dan menamparny­a tiga kali seterusnya Thomas menumbukny­a tiga kali di rusuk,” kata afidavit itu. - Agensi

RAKAMAN menunjukka­n Thomas menumbuk Marisha

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.