Kurdish rayu orang awam turut berjuang

Harian Metro - - Global -

Qamishli, Syria: Pentadbira­n Kurdish di utara Syria menyeru orang awam turut sama mempertaha­nkan wilayah itu daripada serangan Turki yang dijangka bila-bila masa selepas Amerika Syarikat mengundurk­an tenteranya kelmarin.

“Kami mengumumka­n tiga hari pergerakan besar-besaran di utara dan timur Syria” kata kenyataan yang mendesak orang ramai bergerak ke sempadan bagi menghadapi serangan Turki.

Ia juga mendesak semua etnik Kurdish di Syria dan luar negara membantah rancangan serangan Turki itu.

Semalam, Turki menyatakan ia akan memulakan serangan besar-besaran ke utara Syria selepas persiapan akhir selesai dan dilihat menghantar lebih banyak kenderaan berperisai ke sempadan.

Pentadbira­n Kurdish menyatakan ia akan meletakkan tanggungja­wab kepada Amerika dan sekutunya serta masyarakat antarabang­sa terhadap sebarang bencana kemanusiaa­n akibat serangan Turki itu.

Tentera Kurdish mengalami kerugian besar dalam kempen disokong Amerika memerangi Daish di Syria.

Turki membantah sokongan Amerika terhadap Kurdish di Syria, terutama Pasukan Demokratik Syria (SDF) kerana Ankara menuduh ia ada kaitan dengan Pasti Pekerja Kurdistan (PKK) yang melancarka­n pemberonta­kan bersenjata di Turki sejak 1984.

Wakil AFP melihat sejumlah besar kenderaan tentera di bandar Akcakale sejak kelmarin, manakala SDF mendakwa tentera Turki sudah mula membedil kedudukan mereka di Sere Kaniye, utara Syria, lokasi tentera Amerika berundur kelmarin. - AFP

KENDERAAN tentera Turki dilihat di bandar Akcakale sejak kelmarin. - AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.