Iran benar wanita tonton bola sepak

Harian Metro - - Global -

Teheran: Ribuan wanita Iran dijangka menghadiri perlawanan bola sepak untuk kali pertama sejak berdekad lalu, selepas FIFA mengancam menggantun­g negara itu berhubung polisinya yang hanya membenarka­n penyokong lelaki.

FIFA bulan lalu mendesak Iran membenarka­n wanita ke stadium tanpa sekatan.

Arahan itu susulan kematian peminat bola sepak digelar ‘Blue Girl’ (gadis biru) selepas membakar diri kerana bimbang dipenjara selepas berpakaian seperti lelaki untuk menyaksika­n perlawanan pasukan diminatiny­a.

Susulan itu, golongan wanita membeli tiket untuk perlawanan kelayakan Piala Dunia 2022 Iran melawan Kemboja di Stadium Azadi, Teheran, hari ini.

Pusingan pertama jualan tiket laris dalam tempoh tidak sampai sejam, manakala jualan tambahan turut habis dijual dengan pantas, lapor media kebangsaan. - AFP

SAHAR Khodayari, 30, dan poster menyokong wanita dibenar ke stadium yang dipamerkan ketika perlawanan bola sepak Piala Dunia 2018 antara Maghribi dan Iran di Russia. - Fail

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.