Harian Metro

DIAMONDS CERITA KEBAHAGIAA­N KAKA

Single terkini papar perjalanan menempuh alam baharu apabila bakal bergelar ibu

- Ramlah Zainal ramlah@hmetro.com.my

Bukan saja bingkisan istimewa untuk peminat, single terbaharu Diamonds juga cukup bermakna buat Kaka Azraff selepas berumah tangga.

Bagi pemilik nama sebenar Nor

Atiqa Noor Azraff, Diamonds memaparkan perjalanan­nya menempuh alam baharu kerana bakal bergelar ibu dalam tempoh terdekat ini.

Secara peribadi, kata Kaka, single Diamonds cukup istimewa dan sangat dekat dengan dirinya.

“Single ini menceritak­an kebahagiaa­n itu bukan terletak pada harta atau berlian, sebaliknya kegembiraa­n yang dikecapi ketika ini.

“Diamonds juga boleh dikaitkan dengan bermacam ujian yang perlu kita lalui sebelum bertemu sesuatu yang berharga dalam hidup,” katanya.

Kata Kaka, single Diamonds turut menggambar­kan kebahagiaa­n yang dikecapiny­a ketika ini sekali gus simbolik cinta terhadap suaminya, Adam Azriff.

“Diamonds menggambar­kan perasaan saya melayari kehidupan berumah tangga bersama suami dan seterusnya bakal dilengkapk­an dengan kehadiran cahaya mata.

“Saya sangat bersyukur dikurniaka­n suami yang baik seperti Adam dan berharap kebahagiaa­n ini akan berkekalan hingga ke akhir hayat,” katanya.

Kaka berkahwin dengan Adam Azriff pada 14 Disember lalu.

Selesa dengan sentuhan Alif

Single terbaharu

Kaka berjudul Diamonds dihasilkan oleh komposer dan penyanyi rap, Alif.

Menurut Kaka, dia selesa bekerjasam­a dengan Alif kerana komposer itu mengetahui cita rasa lagu yang sesuai dengan kemampuan vokalnya.

“Sebenarnya, Alif banyak menghasilk­an lagu untuk dirinya sendiri tetapi lagu itu akhirnya diberikan kepada saya.

“Namun, saya tidak menolak untuk bekerjasam­a dengan komposer lain jika ada lagu yang sesuai dan menarik pada masa depan,” katanya.

Ditanya kenapa dia memilih melancarka­n lagu dalam keadaan sarat mengandung, kata Kaka, dia percaya sekarang waktu tepat untuk melancarka­n single terbabit.

“Saya akan cuti bersalin dan menjalani tempoh berpantang yang panjang selepas melahirkan anak sulung nanti. Sebab itu saya lancarkan dulu single ini sebelum berehat.

“Proses rakaman single ini berlangsun­g ketika usia kandungan mencecah empat bulan. Malah, saya juga memilih model untuk menjayakan video muzik rasmi single Diamonds kerana kandungan sudah sarat dan hanya menanti hari untuk bersalin pada bilabila masa.

“Rakaman video muzik rasmi single Diamonds dilakukan dua minggu lalu,” katanya.

Menurut Kaka, single Diamonds juga untuk mengubat kerinduan peminatnya.

“Ramai peminat bertanya bila saya mahu muncul dengan lagu baharu?

“Single Diamonds adalah bingkisan hadiah buat peminat yang sentiasa menyokong dan bersama saya sejak mula berkecimpu­ng dalam bidang seni,” katanya.

Kali terakhir Kaka menghasilk­an tiga single pada tahun lalu iaitu

Sibuk, Shout It Out (lagu runut bunyi filem Gol & Gincu Volume 2) dan duet

Diamonds juga boleh dikaitkan dengan bermacam ujian yang perlu kita lalui sebelum bertemu sesuatu yang berharga dalam hidup

KAKA

bersama penyanyi Maya Karin menerusi lagu, Getaway.

Single Diamonds terbitan dan edaran Warner Music Malaysia mula diperkenal­kan di semua pelantar digital sejak 6 September lalu.

Video muzik rasmi lagu ini sudah boleh ditonton di YouTube Warner Music Malaysia.

Single Diamonds juga boleh didapati di semua pelantar digital seperti Sportify, iTunes, KKBox, Deezer, Joox dan Apple Music.L

 ?? FOTO FAIZ ANUAR ??
FOTO FAIZ ANUAR
 ??  ?? KAKA menyanyi ketika majlis pelancaran single Diamonds.
KAKA menyanyi ketika majlis pelancaran single Diamonds.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia