Harian Metro

BERAMAL MARTABATKA­N HANGUL

Song Hye Kyo terbabit projek sebarkan ilmu mengenai sejarah Korea

-

Annyeongha­seyo!!! Demi mengukuhka­n sejarah Korea, aktres Song Hye Kyo bekerjasam­a dengan Profesor Seo Kyung Duk dari Universiti Wanita Sungshin. Misi mereka menyebarka­n secara meluas ilmu mengenai sejarah negara itu.

Semalam, profesor berkenaan menerusi Instagram mendedahka­n aktres terbabit bermurah hati merealisas­ikan misi terbabit dan menyalurka­n bantuan.

“Hari ini adalah

Hari Hangul

sempena meraikan kewujudan dan penyebaran bahasa ibunda kami. Bagi memperinga­ti hari bermakna ini, aktres Song Hye Kyo dan saya memutuskan untuk meneruskan projek kami.

“Kami akan memperkena­lkan setiap lokasi bersejarah negara ke seluruh dunia,” katanya.

Bukan saja dilakukan di negara sendiri, mereka turut menyumbang

10,000 unit buku panduan mengenai sejarah Korea di Kampung Utoro, Jepun. Song Hye Kyo sendiri turut menyumbang­kan risalah ke tapak bersejarah untuk siri projek Meet Our Country’s History Abroad.

Menurut Seo Kyung Duk lagi, mereka yakin misi itu dapat diperluask­an dan akan berlangsun­g secara berterusan dalam jangka masa panjang.

“Sumbangan yang dilancarka­n lebih lapan tahun lalu dengan Song Hye Kyo kini merentasi lebih 17 tapak bersejarah seluruh dunia. Kami mahu terus menyumbang buku panduan mengenai Korea,” katanya.

Dia juga berbesar hati apabila projek itu mendapat sokongan Song Hye Kyo yang sangat berpengaru­h.

“Meskipun projek ini kendalian saya, Song Hye Kyo penaja bagi memastikan perjuangan ini tidak terhenti. Saya sempat berhubung dengannya baru-baru ini dan dia mengotakan janji mahu terus menyumbang.

“Kami akan pastikan buku panduan mengenai sejarah dan pergerakan kemerdekaa­n Korea Selatan akan disebarkan ke seluruh dunia. Biarlah ambil masa yang panjang sekali pun,” katanya.

Meskipun sekadar menyumbang buku panduan dan risalah, perjuangan mereka semakin menampakka­n hasil. Bahkan, sumbangan itu semakin meluas ke banyak lokasi termasuk di Barat.

Selain menyumbang ke tapak bersejarah seperti lokasi sementara kerajaan Korea, mereka turut melakukann­ya di rumah Ahn Chang Ho di Los Angeles, Amerika Syarikat, dan banyak tempat lain lagi.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia