Harian Metro

HAQIEM PUAS HIBURKAN PENONTO

Tak kisah apabila tiket konsert mini hanya berharga RM20 jadi pertikaian

- Oleh Ardini Sophia Sina hellinie@hmetro.com.my

Bukan keuntungan menjadi ukuran, tetapi kepuasan dan jumlah penonton yang datang pada malam mini konsert bersama Haqiem Rusli fokus utama penyanyi berusia 21 tahun ini.

Bagi anak muda yang turut berbakat menulis dan mencipta lagu ini, dia puas melihat penonton terhibur dengan persembaha­nnya. Walaupun diadakan dalam keadaan santai di Forest Valley Hall, Cheras, sorakan peminat memeriahka­n suasana.

Haqiem mengakui sedar ada segelintir individu mempertika­i jualan tiket RM20 yang dikatakan terlalu rendah. Namun, jejaka berasal dari Hulu Langat ini tidak kisah dengan apa yang diperkatak­an.

“Konsert mini ini bukanlah anjuran pihak label tetapi usaha rakan karib dan kami sengaja letakkan harga tiket RM20, selain RM100 untuk pakej ramah mesra bersama saya.

“Biar apa orang kata, yang penting saya puas dapat menghiburk­an penonton yang datang pada malam itu. Kalau saya letak harga RM200, bimbang pula penonton tidak mampu seterusnya tidak dapat sambutan.

“Sejak awal karier saya, peminat tidak berkira dan lokek mengeluark­an wang untuk menonton walau di mana persembaha­n saya. Jadi, kenapa saya perlu berkira dengan mereka?” katanya.

Kira-kira 1,000 penonton hadir menyaksika­n persembaha­n itu, mereka bukan hanya dalam kalangan remaja bahkan ada kanak-kanak dan golongan lebih berusia. Ia sekali gus membuktika­n rangkaian lagu nyanyian Haqiem digemari semua peringkat umur.

Mempersemb­ahkan lagu hit iaitu Tergantung Sepi, Lembah

Kalau saya letak harga RM200, bimbang pula penonton tidak mampu seterusnya tida

apat sambutan

HAQIEM

Kesepian, Selamat Tinggal

Sayang dan Jatuh Bangun,

Haqiem turut memberikan ruang kepada rakannya untuk menunjukka­n bakat mereka.

Pemenang kategori Artis Sensasi Popular dan Lagu

Paling Boom Anugerah

Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-32 menjelaska­n, konsert mini itu bermula dengan sembang kosong dan tidak sangka ia berjaya direalisas­ikan.

“Mulanya, ia hanyalah cerita kosong berkongsi idea mengenai konsert mini berkenaan. Hasil kerja keras, tidak sangka acara ini berjaya dilaksanak­an. Saya bangga melihat usaha mereka akhirnya menjadi kenyataan.

“Melihat sambutan pada malam itu, ia tanda rakyat Malaysia masih menyokong penyanyi tanah air. Tiga tahun dalam industri, saya pernah jatuh tetapi mereka (peminat) masih tetap ada dengan saya,” katanya.

Walau hanya sekadar konsert mini, rakan artis turut hadir iaitu Hael Husaini, Aman Aziz, Dottie, Misham Othman, Fieza Hanis, Sheryl Shazwanie, Kucaimars serta Fizi Ali sekeluarga.

Pernah dihambat kontrovers­i tahun lalu, kejadian itu mengajar dia lebih berhati-hati dan tekad kekal ‘bersih’ pada tahun ini. Dia tidak mahu isu panas mengganggu kerjayanya.

“Cukuplah dengan apa yang terjadi tahun lalu. Saya tidak mahu cerita panas lebih banyak diperkatak­an berbanding kerjaya. Oleh itu, saya nekad menjadikan 2019 sebagai permulaan untuk bersih kontrovers­i.

“Adalah juga sikit-sikit jadi kecaman netizen, tetapi cuma isu kecil. Alhamdulil­lah, saya berjaya menepis kontrovers­i pada tahun ini dan harapnya terus kekal begini,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? HAQIEM bersama ibu, Nazrah Ahmad Nordin turut sama menyaksika­n konsert mininya.
HAQIEM bersama ibu, Nazrah Ahmad Nordin turut sama menyaksika­n konsert mininya.
 ??  ?? HAQIEM bersama peminat setianya.
HAQIEM bersama peminat setianya.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia