Harian Metro

FTG ENGGAN ‘TIPU’ PEMINAT

Buah tangan terbaharu bukan sekadar single tapi album dengan 8 lagu

- Oleh Syafil Syazwan Jefri syafil.syazwan@hmetro.com.my

Selepas 13 tahun tidak bergerak secara aktif dalam industri muzik arus perdana, band FTG kini kembali dengan buah tangan terbaharu bagi mengubat kerinduan peminat.

Terkini, FTG atau nama penuhnya Freedom Thats Gone memperkena­lkan album baharu berjudul Kau Jangan Kurang Ajar.

Masih mengekalka­n barisan anggota asal iaitu Tajul, Azmi dan Rafli, FTG terus menyajikan karya rock ‘keras’ yang sehingga kini menjadi malar hijau dan kegemaran ramai pencinta muzik.

Tajul yang mewakili kumpulanny­a berkata, tempoh 13 tahun sejak album terakhir iaitu Kuasa diterbitka­n pada 2006 digunakan sebaik mungkin untuk menghasilk­an karya berkualiti.

“Kami sudah lama tak keluarkan album dan selama 13 tahun menantikan sekiranya ada pihak yang sudi untuk mengatur semula perjalanan seni FTG. Tempoh itu kami gunakan sebaik mungkin untuk menghasilk­an karya berkualiti,” katanya.

Pada saat ramai pemuzik lebih selesa berada di zon selamat dengan hanya mengeluark­an single, Tajul berkata, mereka tidak mahu ‘menipu’ peminat.

“Kalau buat single, rasa seperti menipu peminat. Jadi, kami hasilkan lapan lagu agar peminat tidak jemu mendengar keseluruha­n album.

“Lagipun, kalau beraksi di pentas takkan kami nak persembahk­an satu lagu saja,” katanya.

Ditanya kenapa tidak ikut trend menghasilk­an genre lagu yang menjadi pilihan ramai masa kini, FTG berkata, mereka sudah ada ‘warna’ tersendiri dan mahu kekal begitu demi peminat.

“Kami tak pandang sangat mengenai industri. Kami cuma nak keluarkan karya kami dan sajikan kepada pendengar yang mahukan karya terbaru daripada kami.

“Dulu pun, lagu kami ada dimainkan di radio pada waktu tengah malam dan sebagainya. Jadi, kalau sekarang radio tak mainkan lagu kami pun, tak jadi masalah,” kata Tajul.

Ditanya mengenai konsep album Kau Jangan Kurang Ajar, FTG masih kekal dengan identiti muzik yang menekankan mesej dalam lagu.

“Walaupun judul lagu kami bunyinya kasar, mesej yang disampaika­n dalam lirik sebenarnya positif. Jadi, harap orang ramai dengar dan fahami apa yang cuba kami sampaikan,” katanya.

Lapan lagu yang mengisi album Kau Jangan Kurang Ajar ialah Kita Bukan Anjing, Kalau Bodoh Jangan Sombong, Demokrasi Mimpi, Ibu Maafkan, Aku Bukan Izrail, Pengkhiana­t Lahanat, Dajjal (Musa Al Samiri) dan Kau Jangan Kurang Ajar.

 ??  ??
 ??  ?? DARI kiri: Azmi, Tajul dan Rafli pada pelancaran album Kau Jangan Kurang Ajar.
DARI kiri: Azmi, Tajul dan Rafli pada pelancaran album Kau Jangan Kurang Ajar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia