Harian Metro

TEKAD ANGKAT SENI SILAT

Filem Geran lakonan Fad temui penonton hari ini

- Oleh Syanty Octavia Amry soctavia@hmetro.com.my

Walaupun sudah lima tahun membabitka­n diri dalam bidang seni, Fad Anuar tidak kisah dirinya belum dikenali.

Pelakon berusia 30 tahun ini berkata, apa yang penting hasratnya untuk menjadi pelakon yang berkualiti terlaksana.

Selain itu, pelakon yang memiliki ilmu seni mempertaha­nkan diri, silat juga mahu mengangkat­nya dalam bidang lakonan yang diceburiny­a.

“Saya tahu bukan mudah untuk popular apatah lagi kita tidak mempunyai kelebihan atau perkara yang menarik untuk dikongsi.

“Saya pula bukanlah jenis orang yang suka mencari kontrovers­i dan publisiti murahan dengan kisah peribadi.

“Bagi saya kualiti lakonan paling utama dan akan kekalkan perkara itu sampai bila-bila,” katanya.

Fad berkata, walaupun perlu mengambil masa untuk popular sasaran utamanya mengangkat seni silat perlu diberi keutamaan.

Buat kali pertama

Fad tampil dalam filem pertama lakonannya yang mengetenga­hkan seni silat bertajuk Geran.

Filem yang menemui penonton di seluruh pawagam tanah air pada hari ini (10 Oktober) turut menampilka­n Aeril Zafrel, Namron dan Azlan Komeng.

“Ini adalah filem pertama saya yang menampilka­n seni silat dan kepuasan apabila dapat muncul dalam filem bergenre seperti itu.

“Harapan saya selepas ini lebih banyak ditawarkan watak seni mempertaha­nkan diri sama ada dalam filem mahupun drama,” katanya.

Terdahulu, pemuda berasal dari Kemaman, Terengganu ini memulakan karier lakonan pada 2014.

Antara drama lakonan Fad ialah Dia Anak Jeneral, Sumpah Ibu dan selain itu Fad juga aktif berlakon iklan komersial.

Ini adalah filem pertama

saya yang menampilka­n seni silat dan kepuasan apabila dapat muncul dalam filem bergenre seperti

itu

FAD

 ?? FOTOSALHAN­I IBRAHIM ??
FOTOSALHAN­I IBRAHIM

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia