Harian Metro

IDEA KREATIF KETIKA MELANCONG

Senaraikan terlebih dulu kedai makan halal apabila berkunjung ke negara bukan Islam

- Oleh Helmy Abd Rahman helmy_rahman@hmetro.com.my

Ketika penulis sampai di Lapangan Terbang Antarabang­sa Adisutjipt­o di Jogjakarta, Indonesia bersama seorang rakan tahun lalu, ada satu peristiwa yang memaksa kami berfikir secara cepat dan kreatif untuk ke hotel berhampira­n pusat bandar.

Kami tiba agak lewat sekitar jam 10 malam waktu tempatan dan kebetulan pula teksi yang ditahan semuanya enggan berhenti manakala telefon pula tiada Internet selain hampir kehabisan bateri.

Selepas memerhati sekeliling, penulis ternampak seorang gadis penjual air buah di sebuah gerai dan ‘mentol’ dalam kepala tiba-tiba menyala.

Penulis hampiri gerai itu, beli air buah mangga dan mula berbual dengan gadis berkenaan. Skil berkomunik­asi sebagai wartawan digunakan sebaik mungkin untuk membuat gadis itu selesa berbual.

Lantas tercetus beberapa idea kreatif yang sangat membantu ketika melancong:

1. Muat turun peta dalam aplikasi Google Maps supaya boleh digunakan tanpa sambungan Internet

Tapi pastikan ruang penyimpana­n dalam telefon anda mencukupi.

2. Pakai jaket untuk perjalanan udara

Bukan apa, jaket memudahkan anda menyimpan banyak barang. Tak perlu galas beg lebih sebaliknya simpan saja barangan seperti telefon, kabel telefon, beg duit, kunci, kaca mata atau

‘power bank’ dalam jaket dan bila tiba di kaunter pemeriksaa­n, letakkan saja jaket anda. Jaket juga boleh dijadikan selimut atau bantal sementara di dalam pesawat.

3. Untuk pengembara Muslim, senaraikan terlebih dulu kedai makan halal di negara bukan Islam yang akan anda kunjungi

Langkah ini membantu terutama jika negara dilawati tidak mempunyai rakyat fasih berbahasa Inggeris. Sebelum berangkat, buat carian di Internet kedai makanan halal berhampira­n hotel penginapan anda dan bila sampai waktunya, minta penjaga kaunter tulis dalam tulisan tempatan alamat kedai makan halal untuk diberikan kepada pemandu teksi atau ‘e-hailing.

4. Jika tidak bertemu kedai makanan halal yang anda cari, perhatikan ciri rekaan grafik papan tanda dan hiasan luaran kedai

Ketika penulis berkunjung ke Shanghai beberapa tahun lalu, walaupun sudah menyenarai­kan dahulu kedai makanan halal yang ingin ditujui, pemandu teksi tetap tersalah bawa ke kedai tidak halal. Tambah menyusahka­n boleh dikatakan tiada langsung penduduk setempat tahu berbahasa Inggeris. Penulis kemudian menyusur ke beberapa premis berhampira­n dan kemudian ternampak ada kedai makanan menggunaka­n tulisan Arab dan mempunyai rekaan grafik seakan-akan kubah. Ternyata ia adalah kedai makanan halal yang dicari.

5. Untuk yang mengingink­an minuman sejuk tapi bilik hotel tiada peti sejuk, beli seplastik air batu dari kedai serbaneka berhampira­n dan letakkan dalam singki serta letakkan minuman anda di dalamnya

Memang berguna idea ini terutama untuk mereka yang berjalan ke tempat beriklim panas.

6. Gulungkan baju yang dibawa sebelum dimasukkan dalam beg

Mungkin anda ingin berjalan agak lama di sesuatu tempat tapi enggan bawa beg besar. Cara ini membolehka­n anda bawa lebih banyak pakaian untuk ‘disumbat’ dalam beg.

7. Letak kasut atau selipar dalam topi mandi sebelum disimpan dalam beg

Ia dapat mengelakka­n debu daripada kasut atau selipar terkena pakaian yang disimpan bersama dalam beg.

 ??  ?? 1. HIASAN luaran dan papan tanda kedai halal di Shanghai yang mudah dikenal pasti dimiliki orang Islam.
1. HIASAN luaran dan papan tanda kedai halal di Shanghai yang mudah dikenal pasti dimiliki orang Islam.
 ??  ?? 2. LETAK air batu dalam singki bilik air untuk menyejukka­n minuman jika tiada peti sejuk dalam bilik hotel.
2. LETAK air batu dalam singki bilik air untuk menyejukka­n minuman jika tiada peti sejuk dalam bilik hotel.
 ??  ?? 3. GUNA topi mandi sebagai pelapik kasut atau selipar.
3. GUNA topi mandi sebagai pelapik kasut atau selipar.
 ??  ?? 4. MUDAH simpan barang kecil dalam jaket untuk dibawa ke dalam pesawat.
4. MUDAH simpan barang kecil dalam jaket untuk dibawa ke dalam pesawat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia