Harian Metro

LUMBA MOTOR DALAM HUTAN

40 motosikal ’transforma­si’, klasik sertai acara Chabuk Crater Camp

- Oleh Helmy Abd Rahman helmy_rahman@ hmetro.com.my

Keputusan akhir bukan hanya bergantung kepada keupayaan motosikal tetapi lebih penting skil dan kemampuan masing-masing

Pada hari biasa, keadaan di sini agak tenang dan sunyi. Paling bising pun cuma bunyi unggas dan mergastua barangkali.

Namun pagi itu, suasana di hutan ini bertukar 180 darjah dengan deruman enjin 40 motosikal pelbagai jenis berlumba pada acara Chabuk Crater Camp, barubaru ini. Itu antara keunikan Terap Fine Forest, Kulim, Kedah.

Bagi peminat motosikal, bunyi itu ibarat alunan muzik indah di telinga masing-masing. Laluan berliku, berlumpur dan becak bukan masalah untuk peserta melengkapk­an dua pusingan perlumbaan yang setiap pusingan hanya berjarak satu kilometer sahaja.

Jangan ingat ini perlumbaan motosikal biasa kerana kemeriahan­nya berbeza. Mana tidaknya, kebanyakan motosikal digunakan adalah buatan sendiri dan klasik yang ditransfor­masikan demi perlumbaan dalam hutan ini.

Perlumbaan dalam hutan terbesar di Malaysia ini menyaksika­n lima kategori dipertandi­ngkan iaitu retro dan customs (masingmasi­ng bawah 400cc dan atas 400cc); terbuka scooter; terbuka scrambler serta ‘whacky racing.’

Edisi kali keempat ini berjaya menarik kunjungan 400 penonton, satu jumlah yang jauh melangkaui sasaran awal 250 orang.

“Paling menarik tentunya whacky racing iaitu acara final yang membabitka­n perlumbaan antara tiga peserta terbaik setiap kategori. Semua punya peluang sama untuk menang.

“Keputusan akhir bukan hanya bergantung kepada keupayaan motosikal tetapi lebih penting skil dan kemampuan masingmasi­ng.

“Terdapat juga peserta negara lain iaitu dari United Kingdom (UK), Brunei, Filipina dan Thailand tapi lebih 90 peratus peserta tempatan.

“Selain berlumba, kita anjurkan aktiviti perkhemaha­n tiga hari dua malam,” jelas kru Chabuk Crater Camp, Amin Hamid.

Turut memeriahka­n acara ini ujarnya, adalah persembaha­n muzik daripada beberapa penghibur dijemput khas untuk mengisi slot dua malam perkhemaha­n.

“Antara artis terbabit dalam persembaha­n adalah kumpulan The Fatalis, Black N’ Blues, Hana, Ogoshi Rebels, Azmyl Yunor and DJ Asang,” tambahnya.

Menceritak­an detik asal penganjura­n Chabuk Crater Camp, Amin memberitah­u, ia bermula hasil idea pengasasny­a, Mohd Razim Zakaria.

“Beliau (Mohd Razim) memang minat habis dengan perlumbaan dan kemudian cetus idea ini. Beliau kemudian mengajak beberapa rakan yang pernah menyertai edisi sebelum ini untuk bersama-sama membantu menjayakan acara ini.

“Saya sendiri dahulu adalah peserta tapi tahun ini membantu sebagai kru untuk mengambil gambar,” katanya.

Menurutnya lagi, untuk edisi akan datang, mereka bercadang mengembang­kan lagi acara berkenaan.

“Berdasarka­n sambutan diterima, tidak mustahil untuk merancakka­n lagi Chabuk Crater Camp untuk penganjura­n akan datang,” ujarnya.

AMIN

 ??  ?? MOTOSIKAL kategori custom ditunggang seorang peserta.
MOTOSIKAL kategori custom ditunggang seorang peserta.
 ??  ?? PESERTA l bergambar kenangan selepas memerah keringat di trek.
PESERTA l bergambar kenangan selepas memerah keringat di trek.
 ??  ?? ARTIS membuat persembaha­n.
ARTIS membuat persembaha­n.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia