Harian Metro

PENYUSUAN BADAN CEGAH HAMIL

Wanita perlu amalkan 4 kriteria penting LAM untuk lambatkan ovulasi secara semula jadi

- Oleh Intan Mas Ayu Shahimi imas@hmetro.com.my

Ramai wanita memandang remeh risiko kehamilan ketika masih menyusukan anak. Menurut kajian yang dilakukan terhadap ibu yang menyusukan bayi sepenuhnya dengan susu badan, masa ovulasinya menjadi jauh lebih lambat berbanding mereka yang tidak menyusukan bayi secara eksklusif.

Kaedah itu disebut

LAM atau Lactationa­l Amenorrhea Method. Ia menuntut penyusuan susu ibu sepenuhnya untuk melambatka­n ovulasi secara semula jadi.

Namun, sekiranya wanita hamil, melahirkan anak, menyusukan dan kemudian datang haid, kaedah ini sudah tidak boleh diguna pakai untuk merancang keluarga.

Menurut pakar penjagaan kesihatan reprodukti­f, Dr John Teo Beng Ho, apabila wanita datang haid pertama selepas melahirkan anak, tubuhnya kembali normal dan boleh hamil pada bilabila masa.

“Ini kesilapan lazim yang dilakukan ramai wanita. Mereka mengamalka­n LAM, tetapi mengabaika­n beberapa kriteria penting yang menentukan keberkesan­an kaedah ini,” katanya.

Perlu diketahui LAM efektif dengan empat syarat berikut:

1. Haid belum kembali Selepas wanita melahirkan, dia masih belum didatangi haid.

2. Bayi berumur kurang enam bulan

Kaedah ini tidak boleh diguna pakai untuk bayi selepas mereka mencecah usia enam bulan, walaupun disusukan secara eksklusif.

3. Bayi disusukan secara eksklusif siang dan malam

Penyusuan eksklusif berlaku apabila ibu menyusukan anaknya sepenuhnya secara terus.

Ini bermaksud, apabila bayi merengek, ibu akan terus memberi susu dari payudara, bukan susu perahan (EBM).

Hisapan-hisapan anak itulah yang sebenarnya mengawal otak supaya melambatka­n pengeluara­n hormon subur. Apabila anak mula minum dari botol, rima hisapan sudah tidak sama dengan yang pertama (menerusi payudara ibu).

4. Bayi tidak mengambil sebarang makanan lain selain daripada susu ibunya selama enam bulan pertama.

“Sebab itulah pentingnya buku panduan Take Control. Ia untuk menyeragam­kan dan memberi maklumat sahih kepada wanita mengenai perancanga­n keluarga, kawalan kitaran dan pengurusan hormon,” katanya.

Jelas Dr Teo buku kontrasept­if oral itu dihasilkan Eurodrug Laboratori­es (M) Sdn Bhd dan disemak oleh pakar pendidik kontrasept­if serta Persekutua­n PersatuanP­ersatuan Kesihatan Reprodukti­f Malaysia (FRHAM). Ia diperkenal­kan dalam kempen Take Control bersama CARiNG Pharmacy Group Bhd.

Buku itu juga memaparkan kepercayaa­n budaya dan masyarakat mengenai topik kawalan kelahiran selain membantu ahli farmasi untuk memberi rundingan yang lebih baik kepada wanita.

“Kita boleh lihat statistik tidak menggalakk­an mengenai kehamilan yang tidak dirancang. Ia memerlukan pemerkasaa­n lebih kuat kepada wanita dalam bentuk kaunseling, penyediaan maklumat dan akses terhadap kaedah kontrasept­if moden,” katanya.

BERI KHIDMAT NASIHAT

Masyarakat kita belum memanfaatk­an sebaiknya pengetahua­n ahli farmasi yang boleh memberi khidmat nasihat mengenai pengambila­n ubat. Malah, mereka juga boleh memberi penerangan mengenai kaedah pencegahan kehamilan yang tersedia di negara kita.

“Ahli farmasi adalah titik pertemuan pertama bagi mereka yang berminat dalam isu perancanga­n keluarga atau kontraseps­i. Banyak farmasi ditempatka­n di kawasan trafik tinggi seperti pusat beli-belah dan ia beroperasi 12 jam sehari, tujuh hari seminggu untuk kemudahan pelanggan.

“Kami berbangga untuk mengambil bahagian dalam kempen ‘Take Control’ di mana ahli farmasi kami boleh menggunaka­n kepakaran mereka sepenuhnya untuk faedah komuniti dan membantu pakar perubatan melengkapk­an proses penjagaan kesihatan pesakit,” kata Pengarah Urusan CARiNG Pharmacy Group Bhd, Chong Yeow Siang.

Dalam pada itu,

Pengurus Negara Eurodrug Malaysia, Kelvin Tong turut memperkena­lkan Dienille, sejenis kontrasept­if oral yang mengandung­i gabungan dua hormon, iaitu dienogest (memberi kesan seperti hormon luteal semula jadi, progestero­n) dan etinilestr­adiol (memberi kesan seperti estrogen).

“Pengetahua­n tentang kesihatan seksual dan reprodukti­f serta menjaga kesihatan adalah hak wanita. Ia juga membolehka­n mereka mendapatka­n pendidikan, kerja dan kuasa atas diri sendiri.

“Kami percaya bahawa keupayaan untuk menentukan bila dan keadaan mana kehamilan berlaku berupaya meningkatk­an kualiti hidup wanita untuk jangka panjang supaya setiap kehamilan itu adalah dirancang, dikehendak­i dan disayangi,” katanya.

 ?? FOTO & VIDEO
NIK HARIFF NIK HASSAN ??
FOTO & VIDEO NIK HARIFF NIK HASSAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia