Azam Verstappen

Tekad baiki prestasi Red Bull pada pertengaha­n musim

Harian Metro - - Arena - Reuters

Pelumba Red Bull, Max Verstappen berkata pasukannya mempunyai banyak ruang untuk meningkat ketika mereka memulihkan semula prestasi pertengaha­n musim menjelang Grand Prix Jepun hujung minggu ini.

Sejak Verstappen memungut dua kemenangan dalam tiga perlumbaan di Austria dan Grand Prix Jerman, pasukan Red Bull gagal untuk merangkul kejayaan dan pelumba Belanda sudah tampil di podium sebanyak dua kali.

Verstappen kini berada di kedudukan keempat ranking pemandu dan Red Bull di kedudukan ketiga ranking pengeluar sebelum tiba di Jepun.

Dengan berbaki lima perlumbaan yang tinggal, pasukan itu memburu kejuaraan pertama sejak 2013 yang terus menjadi persoalan.

Namun Verstappen menjelaska­n mereka berada di landasan tepat.

“Kami kelihatan semakin baik, makin kuat, semakin bertambah baik,” katanya kepada pemberita.

“Ya, kami berjaya menaiki podium (di Singapura), tetapi sekali lagi kami masih mempunyai ruang untuk meningkatk­an prestasi dan kami tahu bahawa kami perlu meningkatk­an prestasi pada masa sama mencabar lebih banyak kemenangan dan berpotensi kejuaraan.

“Kami terus bekerja keras dan cuba mencapai sasaran itu.”

Sejak Grand Prix Belgium pada September, Verstappen digandingk­an dengan pelumba berusia 23 tahun Alexander Albon yang diangkat dari Toro Rosso.

“Kami kelihatan semakin baik, makin kuat, semakin bertambah baik Max Verstappen

AKSI Verstappen ketika di litar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.