Perancis tanpa kelibat Mbappe

Harian Metro - - Arena -

Paris: Penyerang Perancis, Kylian Mbappe terpaksa diketepika­n bagi aksi kelayakan Euro 2020 menentang Iceland dan Turki kerana kecederaan, umum persekutua­n bola sepak Perancis, semalam.

Mbappe dari Paris St Germain (PSG), bergelut dengan masalah kecederaan paha yang berulang, digantikan dalam skuad oleh penyerang Borussia Moenchengl­adbach, Alassane Plea.

Perancis bertandang ke Iceland bagi aksi Kumpulan H awal pagi Sabtu ini sebelum melayan kunjungan Turki di Stade de France pada pagi Selasa.

Juara dunia itu kini di tangga kedua kumpulan dengan 15 mata, di belakang Turki selepas tewas kepada lawan di Konya Jun lalu, manakala Iceland di tangga ketiga dengan 12 mata selepas enam perlawanan.

Mbappe hanya dapat tampil dalam enam perlawanan untuk PSG dalam semua kejohanan musim ini dan menjaringk­an dua gol.

Bekas bintang Monaco akan berusaha mengembali­kan kecergasan­nya ketika perlawanan PSG seterusnya dalam saingan Ligue 1 berdepan Nice pada 18 Oktober. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.