Prestasi tak ‘cantik’

AC Milan pecat Giampaolo selepas tujuh perlawanan

Harian Metro - - Arena - AFP‘

Selepas tiga kelab ternama di Eropah memecat jurulatih masing-masing kelmarin, kini giliran Marco Giampaolo pula disingkirk­an gergasi Itali, AC Milan.

Milan memecat Giampaolo selepas hanya tujuh perlawanan ketika bekas kelab gergasi Eropah itu merudum ke tangga ke-13 Serie A Itali, dengan bekas jurulatih Inter Milan, Stefano Pioli dijangka mengambil alih.

Giampaolo menggantik­an bekas wira Milan, Gennaro Gattuso, yang meletak jawatan sesudah terlepas aksi Liga Juara-Juara musim lalu dengan penamat tangga kelima.

Namun selepas empat kekalahan yang termasuk kalah

Kelab ini berterima kasih kepada Marco kerana usahanya selama ini dan mendoakan yang terbaik dalam karier profesiona­lnya”

Wakil AC Milan

aksi musuh setempat 0-2 di tangan Inter, juara Eropah tujuh kali itu hanya tiga mata di atas zon penyingkir­an.

“Kelab ini berterima kasih kepada Marco kerana usahanya selama ini dan mendoakan yang terbaik dalam karier profesiona­lnya,” menurut pasukan itu dalam satu kenyataan.

Pengendali berusia 52 tahun itu bergelut untuk melonjakka­n Milan, yang terpaksa melepaskan tempat dalam Liga Europa musim ini kerana melanggar peraturan kewangan UEFA.

Kemenangan 2-1 di Genoa Sabtu lalu tidak cukup untuk menyelamat­kan bekas bos Sampdoria itu yang menjadi jurulatih ketujuh mengendali­kan Milan sejak lima tahun lalu.

Pioli dilaporkan akan mengambil alih di kelab bermasalah itu yang menang kejuaraan terakhir daripada 18 gelaran liga Itali pada 2011.

Akhbar Gazzetta Dello Sport menyatakan Pioli bersedia menandatan­gani kontrak dua tahun dianggarka­n bernilai 1.5 juta euro (RM6.9 juta).

GIAMPAOLO

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.