Schweinste­iger umum persaraan

Harian Metro - - Arena -

Berlin: Bekas pemain tengah skuad kebangsaan Jerman, Manchester United dan Bayern Munich, Bastian Schweinste­iger mengumumka­n persaraan.

Pemain berusia 35 tahun mengumumka­n keputusan itu dua hari selepas penghujung saingan musim Liga Amerika Syarikat (MSL). Kelab yang diwakiliny­a Chicago Fire mengakhiri saingan di tempat ke-17.

“Masanya sudah tiba,” katanya. “Kepada peminat, anda memberikan kenangan yang sukar dilupakan buat saya.”

Schweinste­iger memenangi Piala Dunia 2014 bersama Jerman, begitu juga lapan kejuaraan Bundesliga bersama Bayern.

Secara keseluruha­nnya, dia mengumpul 121 kap buat Jerman antara 2004 hingga 2016.

Perancang tengah itu bermain 500 perlawanan buat Bayern di mana dia juga memenangi Liga Juara-Juara sebelum menyertai Manchester United pada 2015 namun gagal untuk menyesuaik­an diri dalam Liga Perdana Inggeris, melakukan 13 penampilan dalam liga sepanjang dua tahun.

Dia menjalani latihan bersama skuad bawah 23 tahun di Old Trafford yang kemudian diuruskan oleh Jose Mourinho - yang kemudian berasa kesal dengan keputusan yang dibuatnya.

Schweinste­iger menyertai Chicago Fire dengan perpindaha­n percuma pada Mac 2017 dan menjaringk­an gol pada penampilan pertamanya.

Fire menamatkan saingan di tempat ketiga ketika musim pertamanya di kelab itu untuk membolehka­n bersaingan dalam perlawanan play-off namun sejak itu pasukan berkenaan bergelut dengan prestasi.

Schweinste­iger memenangi Piala Dunia 2014 bersama

Jerman

SCHWEINSTE­IGER

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.