Harian Metro

Petronas Sprinta Racing umum guna khidmat Jake Dixon

-

Kuala Lumpur: Petronas Sprinta Racing mengumumka­n akan menggunaka­n khidmat Jake Dixon selaku pelumba kedua bagi saingan Moto2 2020.

Dixon yang berusia 23 tahun dan berasal dari Kent, England akan bergabung bersama Xavi Vierge untuk aksi musim depan, seterusnya berpeluang menguji jentera Kalex buat kali pertama di Jerez, Sepanyol November ini.

Menurut Dixon, dia sangat gembira apabila dapat menyertai Petronas Sprinta Racing dan tidak sabar untuk menunggang jentera pasukan baharunya itu sebaik berakhir Kejuaraan Motosikal Dunia musim 2019.

“Petronas Sprinta Racing adalah sebuah pasukan hebat dan ia boleh dilihat berdasarka­n kepada kejayaan yang mereka capai tahun ini dalam saingan MotoGP dan Moto3.

“Ia satu peluang besar buat saya, tentunya saya akan memberikan yang terbaik. Tahun 2019 bukan satu musim yang mudah buat saya tetapi saya belajar banyak perkara dan memperoleh pengalaman baik untuk 2020,” katanya.

Dixon juga mengakui Kalex adalah jentera yang terkenal dengan kemampuann­ya dan dia belum boleh menyatakan mengenai sasaran sehinggala­h dapat menunggang motosikal itu sendiri.

“Saya akan memulakan musim baharu dengan menumpukan kepada satu perlumbaan ke satu perlumbaan lain,” kata Dixon yang ketika ini bersama pasukan Gaviota Angel Nieto Team.

Pada tahun pertamanya menyertai saingan Moto2 musim ini, Dixon sudah mengumpul empat mata selepas 15 perlumbaan dan berada di tangga ke-26 keseluruha­n.

Rakan sepasukann­ya, Vierge (ketika ini bersama EG 0,0 Marc VDS) pula berada di tangga ke-15 dengan meraih 59 mata.

Dixon sebelum ini menyertai Kejuaraan Superbike British dan muncul naib juara pada musim 2018, 70 mata di belakang juara yang juga rakan senegarany­a, Leon Haslam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia