Harian Metro

Lapan legenda badminton cari bakat muda

-

Kuala Lumpur: Memandangk­an terdapat penurunan prestasi dalam kalangan pemain remaja berdasarka­n aksi di Kejohanan Remaja Asia dan Kejohanan Remaja Dunia yang sedang berlangsun­g sekarang, Kelab Badminton Sports Affairs tampil memperkena­lkan Program Juara Tangkis: Tun Dr Siti Hasmah.

Program berkenaan bakal diterajui lapan legenda yang akan mencari bakat muda (18 tahun ke bawah) dan setiap pasukan bakal diwakili 12 pemain.

Menurut Pengarah Program, Rashid Sidek, idea ini tercetus selepas melihat ramai bekas pemain di luar yang mampu berkongsi ilmu dan pengalaman kepada bakat muda.

“Kita jadikan semua lapan bekas pemain ini sebagai ikon dan mereka akan melakukan sesi pemilihan melalui program jelajah ke beberapa negeri dalam mencari bakat muda,” katanya pada sidang media semalam.

Beliau berkata, seramai 12 pemain yang dipilih dalam setiap lapan pasukan akan dibimbing legenda badminton berkenaan dan format untuk pasukan ialah berdasarka­n Piala Sudirman.

“Kita juga bukan hanya pilih berdasarka­n negeri yang dinyatakan saja (Kedah, Pahang, Johor, Sarawak, Sabah dan Kuala Lumpur) tapi turut membabitka­n negeri lain.

“Selepas tamat aksi final Disember depan kita akan bincang semula dengan setiap lapan legenda ini untuk memilih pemain yang layak bermain di Akademi Sports Affairs,” kata Rashid.

Dalam pada itu, Presiden Kelab Badminton Sports Affairs, Raezal Hussein berkata, pihaknya mendapat kerjasama Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dalam penganjura­n program berkenaan.

“Kita menyediaka­n platform dan ia juga ibarat peluang kedua buat pemain yang tidak berada dalam lingkaran BAM dan Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ),” katanya.

Lapan legenda yang bakal menerajui program pencarian bakat baharu itu ialah Foo

Kok Keong, Cheah

Soon Kit, Rahman Sidek, Ong Ewe Hock, Roslin Hashim, Zakry Latif, Koo Kien Keat dan Woon

Khe Wei.

“Mereka akan melakukan sesi pemilihan melalui program jelajah ke beberapa

negeri

Rashid Sidek

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia