Harian Metro

Chong Xin lupakan kejohanan dunia

- OWEE AH CHUN

Kuala Lumpur: Pemain profesiona­l e-sukan, Khoo Chong Xin sanggup mengetepik­an kejohanan bertaraf dunia semata-mata mahu menggalas cabaran negara untuk meraih pingat di temasya Sukan SEA Filipina.

Atlet yang dikenali sebagai Ohaiyo itu berkata, dia sepatutnya menyertai pusingan kelayakan Kejohanan Dunia Dota 2 di luar negara pada Disember depan.

“Namun, saya mahu mencipta sesuatu yang dianggap lebih besar demi negara terutama bekerjasam­a dengan rakan pemain baharu untuk membawa e-sukan ke peringkat lebih tinggi.

“Berbekalka­n pengalaman dan pencapaian meraih tempat ketiga kejohanan dunia sebelum ini, saya yakin mampu menjelmaka­n pingat dalam sukan yang kali pertama dipertandi­ngkan itu,” katanya pada sidang media di Majlis Sukan Negara (MSN), Bukit Jalil, semalam.

Hadir sama, pengurus pasukan, Firdaus Hashim dan jurulatih, Ahmad Syazwan Anuar.

Chong Xin antara 23 atlet yang disenaraik­an menyertai temasya itu bagi enam acara iaitu Dota 2, Starcraft II, Arena of Valor, Mobile Legends, Tekken 7 dan Hearthston­e.

Kata atlet berusia 26 tahun itu, dia tidak menghadapi sebarang tekanan biarpun menyedari saingan sengit pemain Filipina, Indonesia dan Vietnam.

“Bagi saya, temasya dwitahunan itu sama dengan kejohanan lain dan hanya perlu kekal fokus dalam permainan untuk mencipta kejayaan,” katanya yang turut menjalani latihan bersama kem negara di The Orange Wangsa Maju dan Taman Segar, Cheras.

Dalam pada itu, Firdaus berkata, pihaknya optimis menyasarka­n enam pingat tanpa mengira warna berdasarka­n persiapan rapi dan prestasi terkini semua atlet.

“Sasaran sebelum ini untuk meraih dua emas namun kita terpaksa membuat penilaian semula berikutan faktor perubahan senarai atlet yang bertanding,” katanya.

Dia sepatutnya menyertai pusingan kelayakan Kejohanan

Dunia Dota 2

FOTO:

 ??  ?? CHONG Xin (kiri) bersama Tai Tong selepas sidang media pasukan Malaysia ke Sukan SEA, di Filipina.
CHONG Xin (kiri) bersama Tai Tong selepas sidang media pasukan Malaysia ke Sukan SEA, di Filipina.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia