Harian Metro

Kim Swee fokus bentuk skuad ampuh

- Oleh Iskandar Shah Mohamed iskandar@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Pengendali skuad bawah 23 tahun (B-23) kebangsaan, Datuk Ong Kim Swee mahu memanfaatk­an sebaik mungkin tempoh tiga minggu untuk membentuk pasukan mantap menghadapi Sukan SEA Filipina.

Persiapan akhir itu merangkumi sesi latihan intensif biarpun tanpa disertai beberapa pemain yang masih menggalas cabaran negara di pusingan kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023.

Kim Swee berkata, persiapan skuad bimbingann­ya hanya akan bermula pada 4 November depan selepas berakhirny­a kempen Piala Malaysia.

“Semua pemain yang disenaraik­an bagi B-23 akan melaporkan diri pada tarikh itu dan kita mempunyai masa tiga minggu untuk berlatih sebelum menyertai temasya dwitahunan berkenaan.

“Sama ada cukup atau tidak tempoh itu, saya percaya pasukan lain seperti Vietnam, Indonesia dan Thailand juga mempunyai ramai pemain yang terbabit dengan pasukan kebangsaan mereka.

“Positifnya, mereka yang tidak bersama skuad B-23

FOTO: itu akan berlatih secara kompetitif dan bermain dalam peringkat lebih tinggi. Jadi, saya menganggap isu mengenainy­a tidak timbul,” katanya pada sidang media di Majlis Sukan Negara (MSN), Bukit Jalil, semalam.

Hadir sama, pengurus pasukan, Datuk Seri Subahan Kamal.

Menurut pengendali kelahiran Melaka itu, senarai penuh pemain akan diumumkan beliau selepas 19 November depan.

“Ia termasuk dua daripada tujuh pemain lebih usia yang berada dalam senarai pendek dan akan diserap masuk ke skuad B-23 nanti.

“Selain itu, satu perlawanan persahabat­an sebelum Sukan SEA namun ia bergantung kepada undian perlawanan pertama kita yang akan diputuskan pada 15 Oktober ini,” katanya.

Ketika ditanya mengenai harapan untuk meraih ‘ibu segala pingat’ itu, kata Kim Swee, beliau sememangny­a mahu menebus kehampaan tewas 0-1 kepada Thailand di pentas final edisi Kuala Lumpur 2017.

“Namun, apa yang penting adalah fokus dalam setiap perlawanan sebelum memikirkan soal pingat emas atau mara ke final nanti,” katanya yang sudah kali kelima menyertai Sukan SEA.

 ?? OWEE AH CHUN ?? KIM Swee mahu pemain hadir cabaran sengit di Sukan SEA Filipina.
OWEE AH CHUN KIM Swee mahu pemain hadir cabaran sengit di Sukan SEA Filipina.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia