Harian Metro

‘Musa dah bayar pemain RM50,000’

- Oleh Nazri Abu Bakar sukanteam@nstp.com.my

Melaka: Persatuan Bolasepak Melaka United (Musa) mendakwa sudah menyerahka­n RM50,000 kepada pasukan wanita Melaka United yang berjaya menjulang Piala Tun Sharifah Rodziah musim ini.

Setiausaha Agung Musa, Farhan Ibrahim (gambar) berkata, jumlah terbabit yang juga hadiah kemenangan daripada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) diserahkan kembali kepada pasukan sebagai bonus kemenangan.

Katanya, Presiden Musa yang juga Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari juga amat berbesar hati memberi insentif tambahan daripada kerajaan negeri kepada pasukan terbabit.

Bagaimanap­un, katanya, insentif berkenaan perlu ada prosedur tertentu kerana ia membabitka­n kewangan kerajaan negeri.

Menurutnya, ia bakal mengambil sedikit masa, tambahan pula presiden sedang bertungkus-lumus untuk menyelesai­kan isu gaji tertunggak dan lesen kelab yang memerlukan perbelanja­an tinggi.

“Sehubungan itu ia mengambil sedikit masa memandangk­an presiden sedang berusaha menguruska­n pembayaran gaji pemain dari Liga Super hingga ke peringkat bawah 14 tahun.

“Pada masa sama Musa perlu menyelesai­kan mengikut keutamaan, dengan sehingga ke saat ini berjaya menyelesai­kan tunggakan gaji, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP); Pertubuhan Keselamata­n Sosial (Perkeso) serta Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) secara berperingk­at,” katanya.

Farhan berkata, Musa juga sudah menyelesai­kan gaji pemain belia dan skuad bawah 17 tahun serta tunggakan empat bulan gaji Piala Presiden.

Semalam, Arena Metro melaporkan pasukan wanita Melaka United yang berjaya menjulang Piala Tun Sharifah Rodziah, Julai lalu menjadi mangsa apabila wang imbuhan tambahan RM20,000 yang dijanjikan pengurusan tertinggi, masih belum dilunaskan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia