Harian Metro

Derita 3 tahun Brendan

-

Hanoi: Dihantui kecederaan ligament lutut (ACL) antara perkara menyeksaka­n bagi seorang pemain bola sepak, malah boleh dikatakan penamat karier jika tidak ditangani secara berhati-hati.

Namun, pemain tengah kebangsaan, Brendan Gan membuktika­n sebaliknya apabila usaha keras dan komitmen tinggi untuk pulih mampu menangani kesakitan itu sehingga menjadi antara watak penting dalam kesebelasa­n utama Harimau Malaya.

Bergelut untuk pulih dalam tempoh hampir tiga tahun antara harga yang perlu dibayar pemain kacukan Malaysia-Australia itu dalam usaha menyelamat­kan karier bola sepaknya sebelum menjadi tonggak pasukan Perak mengecapi kejayaan sejak beberapa tahun lalu.

Dia berkata, kembali menyarung jersi kebangsaan selepas tiga tahun berehat dan menjadi antara tonggak yang membantu Malaysia menewaskan Indonesia pada perlawanan pertama Kumpulan G pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 antara kenangan manis buatnya sejak bergelar pemain profesiona­l.

“Tempoh tiga tahun yang saya lalui adalah tempoh sukar, tetapi kemenangan menentang Indonesia sebelum ini antara kenangan indah dan ia berjaya bukan kerana saya semata-mata namun kerjasama semua pihak.

“Saya perlu memberi tumpuan 100 peratus setiap kali saya tampil untuk latihan, setiap kali saya turun ke padang dan itu yang akan saya lakukan.

“Saya selalu fikir ini mungkin penghujung kerjaya saya. Sesiapa yang mengalami kecederaan ACL tentu berfikir demikian, tetapi keluarga dan rakan-rakan memberi semangat kepada saya dan sudah tentu saya perlu mengambil langkah setapak demi setapak pada masa itu,” katanya di sini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia