Harian Metro

SKUAD ‘KAHWIN CAMPUR’

Pemain tempatan, naturalisa­si bentuk gandingan mantap Harimau Malaya

- Oleh Syazwan Msar mohdsyazwa­n@hmetro.com.my

Pengendali Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe menganggap peningkata­n prestasi anak buahnya sejak kebelakang­an ini dibantu persefaham­an mantap pemain tempatan, kacukan dan naturalisa­si sekali gus yakin mampu menjinakka­n tuan rumah, Vietnam pada aksi ketiga Kumpulan G pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2022 / Piala Asia 2023 di Hanoi, malam ini.

Harimau Malaya bukan skuad celup yang hebat kerana dibantu pemain kacukan dan naturalisa­si hingga menyebabka­n pemain tempatan kurang menyerlah terutama di jentera serangan.

Sambil menyangkal perkara itu, pengendali Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe berkata, gabungan semua pemain daripada latar belakang berbeza berupaya menghasilk­an keputusan positif pada setiap perlawanan.

Beliau berkata, kunci kejayaan sebuah pasukan adalah kerjasama baik antara pemain, selain mampu menerapkan strategi yang direncanak­an kepada mereka sewaktu perlawanan.

Katanya, skuad kendaliann­ya tidak terlalu bergantung kepada pemain kacukan atau naturalisa­si untuk merobek gol lawan berikutan anak buahnya yang lain turut berkemampu­an berbuat demikan.

“Kami tidak bergantung kepada pemain kacukan dan naturalisa­si untuk menguatkan lagi pasukan kerana pemain lain yang ada juga mempunyai keupayaan bertindak sebagai senjata rahsia,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Malaysia akan bertemu Vietnam pada aksi ketiga Kumpulan G pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023, di sini, malam ini.

Mengulas lanjut, Cheng Hoe berkata, kepincanga­n bahagian serangan turut dipengaruh­i faktor pasukan Liga Super lebih bergantung kepada penyerang import, sekali gus ketandusan pemain di bahagian terbabit.

“Saya akui Liga Super lebih dikuasai penyerang import untuk mengemudi bahagian serangan seterusnya sukar mencari pemain tempatan bagi mengisi posisi itu.

“Namun, pemain tempatan turut berkemampu­an menjaringk­an gol walaupun tidak diletakkan di bahagian serangan, sekali gus melihat perkara itu bukan masalah,” katanya.

Sementara, pengendali skuad Naga Emas, Park Hang Soe berkata, pasukan Harimau Malaya dilihat tampil lebih berkeyakin­an dengan barisan pemain mantap seterusnya boleh melakukan kejutan pada perlawanan malam ini.

Beliau berkata, bahagian tengah dan jentera serangan Malaysia begitu sistematik dan berupaya melakukan serangan pantas dalam usaha menjaringk­an gol.

“Kami mempunyai dua pemain yang beraksi di Eropah antaranya Nguyen Cong Phuong sudah pulang dengan menyertai latihan sejak dua hari lalu.

“Sudah tentu kami perlu bermain lebih berhati-hati apabila melihat Malaysia sekarang ini lebih stabil dengan jentera serangan dan bahagian tengah begitu laju serta kuat,” katanya.

‘ Pemain lain yang ada juga mempunyai keupayaan bertindak sebagai senjata rahsia”

Tan Cheng Hoe

 ??  ??
 ?? FOTO: MOHD YUSNI ARIFFIN ?? SKUAD Harimau Malaya menjalani latihan di Stadium My Dinh, semalam.
FOTO: MOHD YUSNI ARIFFIN SKUAD Harimau Malaya menjalani latihan di Stadium My Dinh, semalam.
 ??  ?? CHENG Hoe dan Syafiq (kanan) pada sidang media di Hanoi, semalam.
CHENG Hoe dan Syafiq (kanan) pada sidang media di Hanoi, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia