Campak syabu elak ditahan

Harian Metro - - Lokal -

Kuching: Cubaan seorang lelaki membaling bungkusan daripada tingkap membawa padah apabila pemeriksaa­n polis mendapati ia berisi syabu seberat 35.15 gram dalam serbuan sebuah rumah di Jalan Tabuan di sini, Isnin lalu.

Operasi dijalankan sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak jam 6 petang itu turut menahan suspek bersama tiga rakannya termasuk seorang wanita.

Ketua JSJN Sarawak, Superinten­dan Hasnir Abdul Hamid berkata, semua suspek ditahan berusia 32 hingga 40 tahun.

“Dadah dirampas dianggarka­n bernilai RM5,269.50,” katanya dalam kenyataan, semalam.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya 1952. Ujian saringan air kencing mendapati ketiga-tiga suspek lelaki positif dadah, manakala, suspek wanita negatif.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.