Harian Metro

Dua beradik ‘usahawan’ dadah

-

Papar: Tiga ‘usahawan’ dadah termasuk dua beradik yang leka membungkus syabu untuk diedarkan ke pasaran tempatan ditahan dalam operasi di Kampung Biau, Bongawan di sini, Isnin lalu.

Dalam operasi jam 11.10 malam, tiga lelaki berusia antara 30 dan 35 tahun ditahan selepas didapati memiliki 33.18 gram dadah yang dianggarka­n bernilai RM2,200 dan dipercayai untuk diedar di sekitar daerah ini.

Ketua Polis Daerah Papar, Deputi Superinten­dan Batholomew Ak Umpit berkata, tangkapan dibuat hasil maklumat awam dan risikan selama seminggu.

“Ketika serbuan tiga suspek lelaki leka membungkus syabu di dalam bilik.

“Kami menemui 11 peket plastik lut sinar berlainan saiz dan keratan penyedut minuman berisi syabu yang disimpan di dalam poket seluar seorang suspek,” katanya dalam sidang media, di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Papar, semalam.

Batholomew berkata, ujian air kencing terhadap tiga suspek mendapati dua daripadany­a positif dadah dan ada rekod jenayah lampau.

Mereka ditahan mengikut Seksyen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman penjara tidak kurang lima tahun atau seumur hidup dan 10 kali sebatan.

Sementara itu, dalam kes berasingan, Batholomew berkata, pihaknya turut menahan seorang lagi pengedar dadah lelaki berusia 39 tahun di Kampung Padawan, dekat sini.

“Pemeriksaa­n terhadap beg sandang suspek menemui bekas logam berisi tujuh peket plastik lut sinar pelbagai saiz dan lapan keratan penyedut minuman berisi 5.10 gram syabu dengan anggaran nilai RM550.

Batholomew berkata, suspek disyaki terbabit pengedaran dadah di kawasan terbabit dan kes disiasat mengikut Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1)(a) akta sama.

 ??  ?? DADAH yang dirampas dalam operasi di Kampung Biau.
DADAH yang dirampas dalam operasi di Kampung Biau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia