Harian Metro

Dua lelaki pecah rumah, curi kenderaan ditahan

-

Beaufort: Polis menahan dua lelaki dipercayai terbabit dalam kes pecah rumah dan curi kenderaan dalam Op Cantas yang dilaksanak­an di daerah ini, kelmarin.

Dalam operasi kira-kira jam 5.30 pagi itu, dua lelaki masing-masing berusia 21 dan 24 tahun ditahan di lokasi berasingan di Kinarut, Papar dan Beaufort.

Ketua Polis Daerah Beaufort Deputi Superinten­dan Azmir Abd Razak berkata, tangkapan pertama dibuat di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Kuala 2, Jalan Baru, Kinarut, Papar.

“Dalam tangkapan pertama, suspek mengaku terbabit dalam kes pecah rumah di Beaufort.

“Susulan tangkapan itu, suspek kemudian mendedahka­n rakan sejenayahn­ya yang ada di Beaufort sebelum satu tangkapan dibuat terhadap suspek kedua di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Luagan Senginan, di sini,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Katanya lagi, hasil pemeriksaa­n terhadap suspek kedua membawa kepada rampasan dua motosikal yang dilaporkan hilang pada tahun ini di Beaufort.

“Siasatan membabitka­n rampasan dan tangkapan dua suspek diteruskan mengikut Seksyen 457 dan Seksyen 379 A Kanun Keseksaan untuk tindakan lanjut,” katanya.

Sementara itu, dalam kes berasingan, Azmir berkata, pihaknya turut menahan dua lelaki disyaki terbabit dalam penyalahgu­naan dadah dalam Ops Sarang di daerah ini, semalam.

“Dalam operasi bermula jam 1.40 tengah hari, dua lelaki masing-masing berusia 27 dan 31 tahun itu di tahan di Kampung Pimping, Membakut.

“Hasil pemeriksaa­n menemui dadah sebanyak 5.28 gram yang dianggarka­n bernilai RM600 mengikut harga pasaran,” katanya.

Katanya lagi, kedua-duanya ditahan mengikut Seksyen 39A (1) dan Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952.

 ??  ?? POLIS rampas motosikal selepas dilaporkan hilang dalam Op Cantas di Beaufort.
POLIS rampas motosikal selepas dilaporkan hilang dalam Op Cantas di Beaufort.
 ??  ?? LELAKI ditahan polis selepas dipercayai terbabit dalam kes pecah rumah dan curi kenderaan.
LELAKI ditahan polis selepas dipercayai terbabit dalam kes pecah rumah dan curi kenderaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia