Buka kilang bateri kenderaan elektrik

Harian Metro - - Lokal -

Kuching: Syarikat anak tempatan, Amalgated Batteries Manufactur­ing (ABM) meneroka peluang perniagaan baharu membabitka­n pembanguna­n pembuatan bateri khusus bagi penggunaan kenderaan elektrik.

Penolong Pengarah Urusan ABM, Datuk Alan Tay Tze Poh berkata, kerjasama dengan syarikat China, Jujiang Power Technology Co Ltd (JJ) membuka lembaran baharu memperkuku­h kedudukan mereka terutama bagi pasaran tempatan, termasuk eksport.

“Dengan termeterai­nya memorandum persefaham­an (MoU) bersama JJ, kami akan menumpukan usaha membina syarikat pembuatan berpangkal­an di Kuching (Demak Laut). Kami juga mahu kebergantu­ngan terhadap import bateri dikurangka­n dan menumpukan kepada usaha eksport,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.