Harian Metro

Paip rosak cetus air bertakung biak aedes

-

Sandakan: Penghuni Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Mesra di sini, mahu isu kerosakan sistem perpaipan di sebahagian besar blok perumahan berkenaan dibaiki segera.

Penduduk mendakwa, keadaan paip yang rosak dan berlarutan sejak sekian lama bukan saja mendatangk­an rasa kurang selesa, malah menyebabka­n air bertakung di parit yang berisiko menjadi tempat pembiakan nyamuk.

Penduduk, Hasan Dullah, 68, berkata, sehingga kini sistem perpaipan di perumahan itu belum dibaiki meskipun aduan sering diajukan kepada pihak berkuasa.

“Kami menyewa sejak 2006 di sini selepas rumah kami di BDC dirobohkan untuk pembanguna­n perumahan. Paip bocor dan rosak bukan sekali berlaku, malahan berulang kali dan hampir setiap blok menghadapi masalah sama.

“Apabila ada wabak denggi, tanaman seperti pisang, kelapa ditumbang, padahal yang menjadi masalah sistem perpaipan yang rosak menyebabka­n air bertakung di longkang,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

PPR Taman Mesra adalah yang dibina di daerah ini dan mempunyai 1,000 unit dengan kira-kira 5,000 penghuni.

Sementara itu, Yunos Lanro, 65, berkata, dia tinggal di perumahan berkenaan sejak 14 tahun lalu dan berharap pihak berkuasa memperbaik­i segala kerosakan di rumah PPR itu menggunaka­n hasil sewa yang ada.

Katanya, mereka juga berharap agar status perumahan itu ditukar kepada perjanjian sewa beli berbanding cuma sewa ketika ini seperti yang dijanjikan kerajaan.

“Jika rumah boleh menjadi hak milik, kami sendiri boleh mencari langkah untuk perbaiki kerosakan,” katanya.

 ??  ?? YUNOS melihat sistem perpaipan yang rosak menyebabka­n air bertakung di longkang.
YUNOS melihat sistem perpaipan yang rosak menyebabka­n air bertakung di longkang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia