Harian Metro

HARI TERAKHIR

Kakitangan Utusan Malaysia, Kosmo menaruh harapan kedua-dua akhbar terus beroperasi

- Oleh Faliq Lajim faliq.lajim@nstp.com.my

Memorandum Pekeliling dikeluarka­n Utusan Melayu (M) Berhad yang menerbitka­n akhbar Utusan Malaysia dan Kosmo untuk menamatkan operasinya mengejutka­n kebanyakan kakitangan syarikat itu.

Wartawan, Ifqdar Rahman, 38, berkata, kelmarin dia diberi ‘bayangan’ oleh ketuanya mengenai keadaan syarikat.

“Namun, tidak sampai 24 jam, kami diberikan surat memorandum terbabit yang mengesahka­n syarikat ini akan memberhent­ikan operasi perniagaan.

“Saya secara peribadi masih meletakkan harapan agar syarikat ini dapat diteruskan. Di sini tempat saya belajar bagaimana nak jadi wartawan dan kerjaya saya dibentuk di sini.

“Saya terlalu sayang dengan syarikat ini membuatkan saya berat hati sekiranya diminta tinggalkan,” katanya yang sudah berkhidmat 10 tahun di syarikat itu.

Seorang lagi wartawan yang hanya mahu dikenali sebagai Iza, 32, berkata, sepanjang tujuh tahun berkhidmat di syarikat itu, dia tidak dapat melupakan kemenangan­nya melalui laporan khas yang ditulis bersama Utusan.

“Cuma besar harapan saya agar Utusan tidak dikuburkan. Sebolehnya jangan ditutup berikutan syarikat ini sudah berusia 80 tahun dan mempunyai pengikutny­a sendiri.

“Walaupun terpaksa dikecilkan namun tidak mengapa. Apa yang penting adalah Utusan masih ada dalam industri media.

“Memang harapan kami agar Utusan masih dikekalkan seperti sedia ada namun kita perlu berpijak pada bumi nyata memandangk­an keadaan yang berlaku ketika ini,” katanya. Dalam pada itu, seorang kakitangan keselamata­n yang enggan dikenali berkata, dia akan cuba mencari pekerjaan lain buat sementara itu.

“Keputusan ini memang mengejutka­n semua orang. Tapi sekiranya ini jalan yang memang sudah ditentukan, kami tidak boleh berbuat apa-apa.

“Sementara diberikan cuti dua minggu, saya nak cari kerja sementara yang boleh menampung perbelanja­an harian keluarga,” katanya.

“Saya masih letakkan harapan agar syarikat ini dapat diteruskan

Ifqdar Rahman

 ??  ??
 ??  ?? PENGAGIHAN surat berhenti kepada kakitangan Utusan Melayu berikutan penutupan operasinya berkuat kuasa, semalam.
PENGAGIHAN surat berhenti kepada kakitangan Utusan Melayu berikutan penutupan operasinya berkuat kuasa, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia