Lelaki diburu bantu siasatan kematian

Harian Metro - - Lokal -

Ampang: Polis mengesan seorang gelandanga­n lelaki bagi membantu siasatan kematian wanita warga emas dalam keadaan tangan berikat di sebuah flat di Tasik Tambahan Ampang, 19 September lalu.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Noor Azmi Yusoff berkata, suspek dikenal pasti sebagai K Sathiaraj, 27, yang beralamat terakhir di flat sama.

“Berdasarka­n penemuan bukti baharu, kami memburu lelaki terbabit yang turut mempunyai tiga rekod jenayah membabitka­n kes dadah dan jenayah,” katanya.

Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung individu terbabit diminta menghubung­i balai polis berhampira­n untuk tindakan lanjut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.