Harian Metro

Longkang ikan

Anggota bomba dan penyelamat Bukit Angin bela ikan berhampira­n balai sejak setahun lalu

- Oleh Roselan Ab Malek am@hmetro.com.my

Kebanyakan longkang di negara ini bukan sahaja dipenuhi sampah dan berbau busuk malah menjadi tempat pembiakan aedes, sekali gus mengundang pelbagai penyakit.

Namun berbeza halnya dengan longkang di Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Angin di sini, yang bukan sahaja mempunyai air yang bersih, malah menjadi lokasi menternak ikan pelbagai spesies.

Ketuanya, Penolong Penguasa Bomba Hasnuddin Husin berkata, usaha menternak ikan itu dijalankan sejak tahun lalu di kawasan longkang sepanjang 90 meter yang terletak berhampira­n balai.

Katanya, spesies ikan seperti patin, keli dan tilapia diternak di kawasan longkang itu selepas melihat kejernihan air longkang.

“Kini saya anggarkan ratusan ikan di dalam longkang ini. Usaha ini juga membantu balai mengelakka­n pembaziran kerana sumber makanan boleh diperoleh dengan mudah.

“Jika ada program dalaman kita boleh ambil ikan yang diternak tanpa perlu ke pasar,” katanya di sini, semalam. Difahamkan, BBP Bukit Angin adalah balai yang pertama di negara ini melakukan usaha menternak ikan dalam longkang.

Hasnuddin berkata, BBP Bukit Angin yang mempunyai keanggotaa­n 49 pegawai dan anggota mengambil inisiatif itu selepas dicetuskan bekas Ketua Pengarah Bomba Malaysia, Datuk Seri Wan Mat Noor Ibrahim yang mahukan kemudahan di setiap balai dimanfaatk­an sebaik mungkin.

“Kami juga ucapkan terima kasih kepada Jabatan Perikanan yang membantu memberikan benih ikan selain memberi khidmat nasihat,” katanya.

Mengulas mengenai penjagaan ikan yang diternak dan usaha mengekalka­n kebersihan air longkang, katanya, terdapat penggilira­n anggota yang memantau dan memastikan kebersihan air longkang.

“Setiap sebulan sekali anggota kami akan membersihk­an longkang dan ada yang bertugas memberi makan ikan setiap hari,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? PELBAGAI jenis ikan diternak dalam longkang di kawasan Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Angin, Temerloh. Gambar kecil, Hasnuddin (dua dari kiri) menunjukka­n ikan yang dipelihara.
PELBAGAI jenis ikan diternak dalam longkang di kawasan Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Angin, Temerloh. Gambar kecil, Hasnuddin (dua dari kiri) menunjukka­n ikan yang dipelihara.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia