Harian Metro

TAK SETIMPAL

Skuad Garuda wajar dikenakan hukuman berat

- Oleh Meor Riduwan Meor Ahmad mriduwan@hmetro.com.my

“Secara peribadi saya jangka mungkin pasukan Indonesia akan kena hukum bermain tanpa penyokong di gelanggang berkecuali dan bukan hanya didenda RM190,000.”

Itu kata penyokong Ultras Malaya, Mohd Zulraini Helmi (gambar), 39, yang patah tangan kiri akibat diserang sekumpulan penyokong Indonesia pada aksi kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta, pada 5 September lalu.

Menurutnya, denda dikenakan Persekutua­n Bolasepak Antarabang­sa (FIFA) terhadap Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI) itu tidak setimpal dengan keganasan dilakukan penonton tuan rumah.

“Bagi saya denda itu tidak setimpal kerana penyokong Indonesia yang memulakan kekecohan dengan menyerang penyokong Malaysia.

“Kita lihat bila bermain dengan Thailand tiada masalah, hanya dengan Malaysia saja penyokong mereka buat hal. Jika dihukum bermain tanpa penyokong dan di gelanggang luar (berkecuali) mungkin beri pangajaran kepada mereka.

“Namun, keputusan yang dibuat itu mungkin berdasarka­n fakta dan bukti dikemukaka­n oleh FAM (Persatuan Bolasepak Malaysia) kepada mereka dan AFC (Konfederas­i Bola Sepak Asia),” katanya dihubungi Arena Metro, semalam.

Mohd Zulraini berkata, walau apa terjadi semangat Ulras Malaya tetap membara untuk memberi sokongan kepada pasukan kebangsaan.

Dalam perkembang­an sama, Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam memaklumka­n masih menunggu keputusan rasmi berhubung perkara itu sebelum boleh memberi ulasan lanjut.

“Saya belum menerima sebarang notis rasmi berhubung hukuman FIFA terhadap PSSI. Tapi, saya ada membaca berita mengenainy­a disiarkan dalam talian oleh media tempatan Indonesia dan Malaysia.

“Saya akan memberi ulasan sebaik menerima keputusan rasmi,” katanya menerusi WhatsApp.

Terdahulu, agensi berita Antara memetik kenyataan rasmi PSSI dalam laman web mereka yang akur dengan keputusan FIFA itu.

Setiausaha Agung PSSI, Ratu Tisha Destria dilapor berkata, pihaknya menghormat­i proses perundanga­n dan keputusan diambil FIFA serta berikrar memenuhi kewajipan dan membuat penilaian supaya insiden serupa tidak berulang.

Beberapa penyokong fanatik Indonesia membaling botol air minuman dan bom asap ke arah peminat Harimau Malaya pada aksi di Stadium Gelora Bung Karno, 5 September lalu.

Perlawanan yang dimenangi Malaysia 3-2 itu terhenti selama 10 minit.

 ??  ??
 ??  ?? PENYOKONG Malaysia diserang ketika menyaksika­n perlawanan di Gelora Bung Karno, bulan lalu.
PENYOKONG Malaysia diserang ketika menyaksika­n perlawanan di Gelora Bung Karno, bulan lalu.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia