Harian Metro

KE OLIMPIK

Norza berpuas hati kejayaan lapan atlet negara ke Sukan Olimpik Tokyo

- Oleh Iskandar Shah Mohamed iskandar@hmetro. com.my

“Ia satu perkembang­an positif dan kita percaya semua atlet lain turut sedang bekerja keras untuk menyertai temasya terbesar dunia itu.”

Demikian kata Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria yang berpuas hati dengan kejayaan lapan atlet negara menempah tiket lebih awal ke Sukan Olimpik Tokyo 2020.

“Biarpun tarikh tutup kelayakan berakhir pada Julai tahun depan, kita ketika ini sudah memiliki atlet yang bakal membawa cabaran Malaysia itu.

“Namun, kita berharap lebih ramai atlet akan menyertai mereka antaranya menerusi skuad hoki, badminton, berbasikal dan sukan lain.

“Jika boleh, kita mahu kontinjen negara kali ini disertai lebih daripada jumlah kebiasaann­ya iaitu antara 20 hingga 30 orang,” katanya.

Kata Mohamad Norza, penyertaan ramai atlet akan memberi peluang lebih tinggi untuk meraih pingat terutama emas sulung negara di pentas dunia itu.

“Jika jumlah itu sedikit (atlet), peluang pingat juga dianggap kurang,” katanya.

Lapan atlet negara yang sudah mengesahka­n tiket ke Tokyo adalah Pandelela Rinong, Leong Mun Yee, Wendy Ng dan Nur Dhabitah Sabri bagi sukan terjun, selain Khairulniz­am Mohd Afendy Abdullah dan Nur Shazrin Mohd Latif (pelayaran) serta Khairul Anuar Mohamad (gambar, memanah).

Turut berada dalam senarai

Jika jumlah itu sedikit (atlet), peluang pingat juga dianggap kurang”

Mohamad Norza Zakaria

itu, ratu gimnastik, Farah Ann Abdul Hadi yang menamatkan kemarau 16 tahun skuad kebangsaan ke pentas Olimpik selepas mencatat keputusan memberangs­angkan pada Kejohanan Dunia di Stuttgart, Jerman, minggu lalu.

Olimpik Tokyo akan mempertand­ingkan 33 jenis sukan bermula 22 Julai hingga 9 Ogos tahun depan.

 ??  ??
 ??  ?? MUN Yee (kanan) dan Nur Dhabitah sudah sahkan tiket ke Olimpik.
MUN Yee (kanan) dan Nur Dhabitah sudah sahkan tiket ke Olimpik.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia