Harian Metro

SEDIA KELUAR PADANG

Pemain England keluar padang jika ada cemuhan perkauman

- Reuters

Penyerang muda England, Tammy Abraham berkata, pemain England bersedia keluar padang jika mereka menjadi mangsa cemuhan perkauman pada aksi kelayakan Euro 2020 menentang Republik Czech dan Bulgaria.

England berdepan Czech di gelanggang lawan pada aksi Kumpulan A awal pagi Sabtu ini sebelum bertandang ke Bulgaria pada pagi Selasa bagi perlawanan yang ditutup sebahagian stadium susulan sikap perkauman penyokong tuan rumah Jun lalu.

“Jika ia berlaku terhadap seorang daripada kami, ia akan membabitka­n semua,” kata Abraham.

“Harry Kane (kapten England) malah menyatakan jika kami tidak gembira, jika seorang pemain tidak gembira, kami akan keluar padang bersama-sama.”

Protokol badan induk bola sepak Eropah, UEFA bagi menangani isu perkauman menjurus kepada pengadil dibenarkan untuk menangguhk­an perlawanan jika amaran kepada penyokong supaya menghentik­an serangan perkauman terhadap pemain tidak diendahkan.

Pengurus England, Gareth Southgate membuat perjumpaan kelmarin untuk membincang­kan mengenai tindakan yang boleh dilakukan pemain jika mereka menjadi sasaran ejekan perkauman pada masa depan.

“Perjumpaan itu dibuat jika ia berlaku, malangnya ia kadang-kadang berlaku, apa yang kami perlu lakukan dan apa protokol mengenainy­a,” kata seorang lagi pemain England, Fikayo Tomori kepada Sky Sports.

“Beliau (Southgate) hanya memberi taklimat kepada kami apa yang akan berlaku. Kami sepatutnya bersedia kerana kami tahu kadang kala kami pergi ke satu negara dan perkara seperti itu boleh berlaku.”

England berada di kedudukan teratas kumpulan selepas mengutip 12 mata dan boleh layak ke pusingan akhir jika menewaskan pasukan tangga kedua, Republik Czech.

Jika ia berlaku,

ia akan membabitka­n

semua Tammy Abraham

 ??  ??
 ??  ?? SKUAD England menjalani
latihan persiapan bagi menentang Republik Czech
awal pagi Sabtu ini.
SKUAD England menjalani latihan persiapan bagi menentang Republik Czech awal pagi Sabtu ini.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia