Harian Metro

Isi masa menunggu

TERPAKSA menunggu lama untuk mendapatka­n jadual penerbanga­n terbaru selepas penerangan asal dibatalkan atau lewat memang membuang masa.

-

Hal yang tidak dapat dielak ini secara tidak langsung menyebabka­n anda berada di lapangan terbang berjam-jam lamanya.

Bagaimanap­un, pelancong yang bijak tahu cara menyesuaik­an diri dalam hal ini kerana banyak perkara boleh dilakukan sepanjang waktu menunggu itu tanpa perlu berbelanja mahal.

Ingin tahu? Tip melancong minggu ini menyenarai­kan beberapa aktiviti popular yang boleh dilakukan sepanjang waktu meunggu di lapangan terbang.

Mendengar buku audio

Setiap orang mempunyai cara tersendiri untuk membaca buku. Dengan keadaan yang sibuk di lapangan terbang, kesukaran untuk membaca buku dirasai sesetengah pelancong.

Sebagai tempat yang dikunjungi ramai, bunyi bising bermula daripada tarikan beg, jeritan kanak-kanak hingga pengumuman daripada pembesar suara. Situasi itu membuatkan anda sukar untuk menumpukan perhatian kepada pembacaan.

Cara terbaik adalah dengan mendengar buku audio. Ada beberapa aplikasi buku audio di telefon pintar atau tablet yang boleh dimuat turun.

Ada baiknya, anda memuat turun aplikasi itu sebelum bertolak ke lapangan terbang.

Penulisan bebas

Penulisan bebas juga adalah salah satu cara yang sangat sesuai untuk mengisi masa lapang ketika menunggu. Ini kerana dengan penulisan bebas, mood seseorang itu akan berubah terutama jika ia menulis sesuatu yang menggembir­akan, ia sekali gus menurunkan tekanan yang dialami.

Justeru, aktiviti ini mungkin menjadi salah satu perkara yang boleh dilakukan sepanjang menunggu.

Tidak kira anda membawa komputer riba, tablet atau buku, carilah tempat yang selesa untuk melakukann­ya selain di dalam lapangan terbang.

Anda mungkin boleh memulakan penulisan dengan menceritak­an pengalaman anda bercuti di mana-mana destinasi.

Tanpa disedari, dengan penulisan itu, masa bagaikan berputar dengan cepat.

Menonton

Sebelum sampai ke lapangan terbang, muat naik beberapa video lucu atau yang diminati supaya anda gembira menonton sambil menunggu.

Menonton rancangan atau cerita kegemaran menerusi laman web juga pasti menghiburk­an. Namun begitu, anda perlu tahu tahap kelajuan perkhidmat­an WiFi yang ditawarkan terlebih dahulu di lapangan terbang.

Berjalan-jalan

Jika anda mempunyai banyak masa untuk menunggu penerbanga­n, berjalan-jalan adalah cara terbaik untuk meregangka­n otot dan tetap aktif.

Hampir semua lapangan terbang antarabang­sa juga kini menyediaka­n peta lapangan terbang yang boleh dijadikan rujukan.

Namun jika anda mempunyai masa yang cukup, anda boleh berjalan-jalan di seluruh tempat di lapangan terbang. Jika tiada masa yang mencukupi, berjalan selama 30 minit yang dapat membakar 100 kalori memadai untuk anda kekal cergas.

Memuat turun aplikasi dan permainan

Pengguna Apple dan Android tentu tidak akan berasa bosan dengan gajet yang dimiliki.

Ini kerana ada pelbagai aplikasi yang tersedia untuk pengguna Apple dan Android. Ada juga aplikasi untuk setiap hobi atau minat. Justeru, pilih saja yang mana disukai.

Mahu mencabar minda dan keupayaan, aplikasi permainan ‘QuizUp’ adalah salah satu pilihan bijak.

Pilihan lain termasukla­h ‘SketchBook Express’ yang membolehka­n anda membuat coretan bebas mengikut keinginan.

Namun, pastikan anda tidak kehabisan bateri atau alat pengecas bateri telefon ada bersama anda.

Manjakan diri anda

Sebelum ke lapangan terbang, cuba cari kedai atau perkhidmat­an yang disediakan.

Kemudian luangkan sedikit masa dan wang untuk berbelanja di lapangan terbang sama ada membeli buku baru, rawatan kuku dan tangan di salun atau sesuatu yang sederhana seperti menjamu selera.

Duduk di kerusi urut

Kebelakang­an ini, beberapa lapangan terbang menyediaka­n kerusi urut untuk pengunjung­nya.

Dengan memasukkan sejumlah wang, anda boleh merasai urutan daripada kerusi urut berteknolo­gi tinggi. Anda pastinya akan berasa selesa dan masa menunggu anda akan lebih bermakna.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia