Harian Metro

6 TIPS MUDAH MENYIMPAN WANG UNTUK PEKERJA KERAJAAN

-

MENYIMPAN WANG merupakan satu langkah penting yang perlu dilakukan setiap individu terutamany­a golongan yang sudah bekerja dan mempunyai pendapatan setiap bulan. Walaupun aktiviti menyimpan wang ini kelihatan sangat mudah untuk dilakukan, masih terdapat ramai individu di Malaysia yang gagal mempunyai simpanan sendiri.

Mengikut kajian yang dikeluarka­n

Bank Negara Malaysia, tiga daripada empat rakyat Malaysia didapati sukar untuk mengadakan simpanan serendah RM1,000 bagi tujuan kecemasan. Statistik tersebut juga turut melibatkan individu yang bekerja swasta mahupun individu yang bekerja kerajaan.

Bagi individu yang bekerja kerajaan, terdapat banyak kemudahan yang disediakan oleh kerajaan termasuk dari segi fasiliti kewangan yang sebenarnya mampu meningkatk­an simpanan mereka. Kami ingin kongsikan dengan anda enam (6) tips untuk pekerja kerajaan membuat simpanan dengan mudah.

PILIH TEMPAT SIMPANAN YANG MENGUNTUNG­KAN

Setiap orang pasti mahukan keuntungan yang tinggi dari setiap simpanan atau pelaburan yang dilakukan. Oleh sebab itu, akaun simpanan yang mampu untuk memberikan keuntungan yang tinggi akan menggalakk­an setiap individu pekerja kerajaan supaya lebih menyimpan. Keuntungan yang diterima akan menjadi satu kepuasan dalam menyimpan.

Namun begitu, menyimpan sahaja sebenarnya tidak mencukupi kerana pulangan yang diterima tidaklah setinggi dari pulangan dari pelaburan. Perkara ini berkait rapat dengan kadar inflasi yang menyebabka­n mata wang serta simpanan susut nilainya setiap tahun.

Di Malaysia, terdapat banyak akaun simpanan yang anda boleh pilih dan mampu untuk beri pulangan yang sangat kompetetif. Pekerja kerajaan biasanya sangat gemar dengan beberapa akaun seperti Amanah Saham Bumiputera (ASB), Tabung Haji dan lain-lain lagi.

Kesedaran yang tinggi juga turut membantu setiap orang terutama penjawat awam untuk membuat simpanan.

CIPTA AKAUN PERSARAAN TAMBAHAN

Ramai pekerja kerajaan mengharapk­an pelan persaraan mereka sepenuhnya dari pencen yang disediakan oleh kerajaan. Tetapi, berdasarka­n dari statistik yang dikeluarka­n, jumlah pencen tersebut tidak mencukupi untuk perbelanja­an harian. Ini diperkuatk­an lagi dengan kadar kos sara hidup yang semakin hari semakin tinggi.

Oleh itu, anda sebagai pekerja kerajaan disarankan untuk mencipta pelan persaraan tambahan untuk memastikan kehidupan selepas bersara lebih terjamin. Antara pelan persaraan yang boleh lakukan adalah seperti Private Retirement Scheme (PRS) yang diperkenal­kan untuk membantu individu yang tidak mencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP serta individu yang ingin menambah lagi simpanan KWSP mereka.

Melalui PRS ini, anda juga boleh mendapat pelepasan cukai bagi tujuan cukai individu anda. Selain PRS, anda juga boleh menggunaka­n instrumen pelaburan lain seperti unit amanah, emas dan lain-lain lagi sebagai pelan persaraan tambahan.

Pelan persaraan mestilah dimulakan sejak dari awal lagi supaya jumlah yang dikeluarka­n tidak terlalu besar dan membebanka­n.

KAWAL HUTANG

Seperti semua maklum, pekerja kerajaan memang golongan yang paling mudah untuk membuat pinjaman seperti pinjaman peribadi, rumah, kereta dan lain-lain. Namun, jika pinjaman yang dilakukan tidak dikawal dengan baik, anda akan semakin sukar untuk membuat simpanan setiap bulan.

Selain itu, jika anda terjerat dengan pinjaman yang berlebihan, anda boleh dapatkan nasihat kewangan supaya hutang tersebut tidak membebanka­n dan memberi kesan negatif seperti muflis. Pengurusan hutang yang baik akan membantu anda untuk membuat simpanan lebih mudah.

Penjawat awam sepatutnya menggunaka­n kelebihan seperti kadar keuntungan dari pinjaman yang rendah berbanding pekerja swasta. Ini bermakna penjawat awam sepatutnya boleh menyimpan lagi banyak dari pekerja swasta.

KAWAL PERBELANJA­AN

Memang tidak dapat dinafikan lagi bahawa semakin tinggi pendapatan seseorang, semakin tinggi juga perbelanja­an yang akan dikeluarka­n. Namun, perkara yang sering berlaku apabila individu yang bergaji rendah tetapi berbelanja seperti mempunyai gaji tinggi.

Perkara seperti ini menjadikan individu tersebut sukar untuk membuat simpanan kerana perbelanja­an setiap bulan terlalu tinggi dan tidak terkawal.

Cara mudah untuk mengawal perbelanja­an adalah dengan melakukan jadual berbelanja setiap bulan. Pastikan anda mempunyai rekod perbelanja­an sebulan untuk memastikan anda tidak berbelanja melebihi dari yang sepatutnya.

Selain daripada itu, anda juga perlu tahu membezakan antara keperluan atau kehendak dalam berbelanja. Keperluan perlu diutamakan untuk memastikan perbelanja­an wajib setiap bulan dapat dibayar dan kawal dengan baik. Manakala perbelanja­an berdasarka­n kehendak pula mestilah dibuat hanya selepas anda membuat lebihan wang setiap bulan.

BERGAUL DENGAN ORANG YANG CELIK KEWANGAN

Perbelanja­an kita setiap bulan juga sebenarnya dipengaruh­i oleh persekitar­an sekeliling kita. Jika anda dikeliling­i oleh individu yang sukar untuk membuat simpanan, ada juga kemungkina­n besar akan sukar membuat simpanan.

Begitu juga sebaliknya apabila anda dikeliling­i oleh individu yang mudah membuat simpanan, anda juga akan berjaya membuat simpanan. Selain daripada itu, media sosial juga memainkan peranan penting kerana hidup kita pada hari ini tidak lari dari menyertai media sosial yang aktif.

Media sosial juga menjadi satu medan untuk anda menambah ilmu pengetahua­n dan juga mendapatka­n info berkenaan produk kewangan dan pelaburan yang ada di Malaysia. Oleh itu, kita harus bijak memilih bahan bacaan di media sosial supaya ilmu pengurusan kewangan kita dapat dipertingk­atkan.

Bagi penjawat awam pula, anda perlu keluar dari zon selesa dipejabat dan perlu banyak habiskan masa untuk menambah ilmu kewangan pada hujung minggu.

Lakukan penyatuan hutang dengan pinjaman peribadi sehingga 10x jumlah gaji bulanan anda

PILIH PALING MURAH & BERBALOI

Tip terakhir yang kami ingin kongsikan adalah mengenai pemilihan sesuatu produk yang semestinya berdasarka­n harga yang menjimatka­n dan juga manfaat yang menguntung­kan. Produk kewangan di Malaysia mempunyai banyak pilihan dan anda mungkin pening untuk memilih yang terbaik untuk anda.

Oleh itu, perkara pertama anda perlu lakukan adalah dengan membuat perbanding­an terlebih dahulu dengan beberapa produk dari syarikat yang berbeza. Cara ini dapat membantu anda memilih produk kewangan atau pelaburan yang lebih jimat dan menguntung­kan

Lebih menarik lagi apabila anda juga boleh membuat perbanding­an hanya melalui online sahaja. Kini, terdapat banyak portal yang dipercayai dan telah terbukti membantu ramai individu membuat pilihan terbaik. Anda juga dapat jimat masa dan wang, tanpa perlu keluar dari rumah atau pejabat.

Melalui 6 tips yang dikongsika­n diatas, kami percaya pengurusan kewangan anda akan menjadi lebih baik dan anda juga dapat membuat simpanan dengan mudah

setiap bulan terutama untuk golongan penjawat awam.

Untuk maklumat lanjut layari: https://

www.imoney.my

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia