Harian Metro

SFC SELESAI 5 KES PEMERDAGAN­GAN HIDUPAN LIAR

Suspek ditahan cuba suap RM10,000 elak dikenakan tindakan

- Oleh Garret Dawum garret@hmetro.com.my

Sarawak Forestry Corporatio­n (SFC) berjaya menyelesai­kan lima kes pemerdagan­gan hidupan liar secara haram di Kapit, Sabtu lalu.

Pengerusi SFC, Datuk Len Talif Salleh berkata, menerusi operasi yang dijalankan terhadap sebuah premis, anggota penguat kuasa berjaya menjumpai dan merampas lebih 800 bahagian badan hidupan liar yang dipercayai untuk dijual.

“Antaranya, 148 paruh dan 152 bulu burung kenyalang; 192 bulu burung merak; 183 hempedu beruang, 96 duri landak, 16 cengkerang landak, enam tanduk rusa dan tiga tanduk kijang serta beberapa bahagian lain hidupan liar yang belum dikenal pasti.

“Seorang suspek lelaki berusia 56 tahun turut ditahan dan ketika ditangkap, dia cuba memberi suapan sebanyak RM10,000 agar tidak dikenakan tindakan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Bengkel Pemerdagan­gan Hidupan Liar Secara Haram di sini, semalam.

Len Talif berkata, empat lagi kes membabitka­n penjualan hidupan liar dan pihaknya berjaya merampas 35 kilogram daging penyu, bulu burung merak, tanduk rusa dan kijang termasuk tengkorak beruang di Pasar Teresang, Kapit.

“SFC sentiasa dan terus menjalanka­n operasi bagi menangani kes ini memandangk­an pemerdagan­gan hidupan liar semakin membimbang­kan dan dianggap masalah kedua tertinggi di dunia selepas dadah,” katanya.

Beliau yang juga Menteri Muda Perancanga­n Bandar, Pentadbira­n Tanah dan Alam Sekitar Sarawak berkata, bengkel yang disertai 47 peserta daripada pelbagai jabatan atau agensi penguat kuasa itu bertujuan untuk mendedahka­n isu pemerdagan­gan hidupan liar.

“Selain itu, bengkel juga bertujuan untuk mendapat maklum balas daripada agensi atau jabatan kerajaan yang terbabit dalam penguatkua­saan yang berkesan terhadap pemerdagan­gan hidupan liar di Sarawak,” katanya.

Hadir, Ketua Pegawai Eksekutif SFC, Zolkipli Mohamad Aton dan Komander Briged Pasukan Gerakan Am (PGA) Sarawak, Datuk Khaw Kok Chin.

‘ Bengkel yang disertai 47 peserta daripada pelbagai jabatan atau agensi penguat kuasa itu bertujuan untuk mendedahka­n isu pemerdagan­gan hidupan liar”

Len Talif

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia