Tak ikut undang-undang

Harian Metro - - Lokal -

Kota Kinabalu: Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu, hari ini mengisytih­arkan pelantikan Pengarah Jabatan Air Negeri Sabah (JANS), Datuk Amarjit Singh sebagai tidak sah.

Penghakima­n itu dibuat Hakim Ravinthira­n R Paramaguru, berkaitan kes difailkan bekas Ketua Menteri Sabah, Datuk Yong Teck Lee pada 19 Mac lalu bagi mendapatka­n pengisytih­aran mahkamah bahawa pelantikan Amarjit pada Ogos tahun lalu tidak mengikut undang-undang.

Teck Lee dan seorang ahli perniagaan dari Tawau, Pang Thou Chung ketika memfailkan kes itu menyatakan bahawa pelantikan berkenaan bertentang­an dengan Enakmen Bekalan Air Sabah 2003.

Ia berikutan Seksyen 3 dalam enakmen itu yang menyatakan pelantikan jawatan kanan mestilah dalam kalangan anggota perkhidmat­an awam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.