Harian Metro : 2019-10-10

Lokal : 15 : 15

Lokal

15 Khamis 10.10.2019 Harian Metro A www.hmetro.com.my @hmetromy @hmetromy HarianMetr­o lokal FOTO: SAIFULLIZA­N TAMADI Suami isteri galas amanah uruskan dua anak istimewa Kota Bharu: Menguruska­n dua anak istimewa bukan satu tugas yang mudah namun bagi sepasang suami isteri dari Kampung Tok Puchong, Kedai Buloh di sini, amanah itu perlu digalas sebaiknya. Ismail Hamat, 66, dan Minah Jusoh, 55, dikurniaka­n dua anak orang kurang upaya (OKU) iaitu Mohd Suhaimi, 30, dan Ahmad, 38, yang menghidap masalah mental serta tidak boleh bercakap. Bagaimanap­un, sejak setahun lalu, Mohd Suhaimi diserang strok menyebabka­n dia hanya terlantar di atas katil dengan fizikalnya yang kurus kering. Ismail berkata, anak keenam daripada 10 beradik itu diserang strok secara tiba-tiba pada awal Ramadan tahun lalu menjadikan dia terus tidak boleh berjalan. “Kami cuba membuat rawatan kampung dengan berurut namun keadaan Suhaimi semakin teruk menyebabka­n kami membawanya ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II). “Dia dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) selama tiga bulan serta bergantung sepenuhnya kepada alat bantuan pernafasan dan selepas 100 hari menerima rawatan, Suhaimi dibenarkan pulang,” katanya di rumahnya di sini, semalam. Ismail berkata, Mohd Suhaimi memberi tindak balas jika namanya dipanggil dan adakalanya agak agresif sehingga terpaksa diikat tangan kirinya kerana kerap mencabut tiub saluran susu di hidungnya. Ismail yang sebelum ini bekerja sebagai nelayan berkata, pakai buang serta susu khas dan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang diterima RM600 sebulan untuk kedua anak istimewa itu tidak mencukupi. “Belanja yang besar diperlukan untuk pembelian susu khas manakala lampin pakai buang pula saya beli yang rosak kerana harga lebih murah, tetapi kerap juga berhutang. “Lebih malang, isteri saya baharu saja disahkan menghidap ketumbuhan dalam hati dan masih belum mendapatka­n rawatan lanjut berikutan kekangan kewangan,” katanya. sejak menghidap tibi beberapa tahun lalu, dia sudah tidak mampu ke laut dan membuat pekerjaan lain. Dia berkata, empat anaknya sudah meninggal dunia manakala tiga yang lain sudah berumah tangga dan juga kurang berkemampu­an sepertinya. Kepada yang ingin memberi sumbangan, boleh berbuat demikian dengan menyalurka­n derma ke akaun Bank Simpanan Nasional (BSN), 03010-41-0000-8825-4 atas nama Ismail Hamat. “Suhaimi memerlukan perbelanja­an yang agak besar bagi pembelian lampin

© PressReader. All rights reserved.