Harian Metro : 2019-10-10

Bisnes : 28 : 28

Bisnes

Harian Metro RINGKAS Khazanah laksana urus niaga biasa Kuala Lumpur: Transaksi yang dilakukan Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) adalah satu urus niaga biasa yang membabitka­n penjualan pelaburan dan kemudian melabur semula modal untuk pelaburan baharu. Pengarah Urusannya, Datuk Shahril Ridza Ridzuan berkata, hasil daripada penjualan kepentinga­n itu digunakan untuk membayar hutang Khazanah dan membiayai pelaburan baharu. Menyangkal dakwaan bahawa dana pelaburan negara itu menjual aset negara dan terus mengumpul hutang, beliau berkata, tumpuannya untuk jangka masa terdekat adalah melaksanak­an keutamaan strategikn­ya seperti dipersetuj­ui oleh lembaga pengarah.

© PressReader. All rights reserved.